Fizo Omar Terbuka Kritikan 'Kaku' Kendalikan Pencetus Ummah 2

Diterbitkan: Isnin, 17 November 2014 12:32 AM

Fizo turut mengendalikan Pencetus Ummah musim kedua bersama Zulkefli Hamat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Fizo Omar minta diberi ruang dan peluang dalam memperbaiki mutu persembahannya sebagai pengacara program realiti Pencetus Ummah musim kedua (PU2) yang baharu sahaja memasuki minggu pertama.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Omar, 29, berkata, dia terbuka dengan komen dan kritikan daripada penonton dan peminat yang merasakan kemunculannya mengendalikan PU2 agak kaku memandangkan ini adalah kali pertama dia mengacarakan program siaran langsung dengan kehadiran penonton.

"Saya ambil komen daripada penonton dan peminat sebagai ruang untuk saya perbaiki diri dan kelemahan dalam mengendalikan program tersebut.

"Insya-Allah kekurangan tersebut akan diperbetulkan dan berharap diberi masa untuk menyesuaikan diri kerana ia program pertama saya sebagai pengacara," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

PU2 disiarkan secara langsung pada setiap hari Khamis pada pukul 9 malam di saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).

Dalam pada itu, Fizo berkata, dia kelihatan kaku berkemungkinan besar kerana masih cuba menyesuaikan diri dengan konsep program berkenaan yang berbentuk keagamaan disamping perlu berhati-hati dalam penyampaiannya agar tidak terkeluar daripada konsep asal.

Fizo bakal muncul dengan drama terbaharu lakonannya berjudul Talak.

Bagaimanapun kata Fizo, dia cuba menjadi dirinya sendiri dalam mengendalikan program tersebut dan cuba menampilkan kelainan dalam PU2.

"Mungkin itu antara penyebab mengapa saya kelihatan kaku tetapi saya cuba menjadi diri sendiri dalam membentuk identiti saya sebagai pengacara program berkenaan," ujarnya.

Selain Fizo, PU2 turut dikendalikan oleh Ustaz Zulkefli Hamat.

Sementara itu, Fizo juga memberitahu dia kini kembali menerima tawaran berlakon selepas hampir dua tahun tidak berbuat demikian ekoran sibuk menguruskan perniagaannya.

Jelas Fizo, dia bakal muncul dengan sebuah telefilem untuk slot Cerekarama di TV3 iaitu Talak disamping aktres Diana Danielle.

"Alhamdulillah rezeki dalam bidang lakonan masih ada namun buat permulaan saya hanya terima tawaran yang tidak mengambil masa terlalu lama terlebih dahulu kerana bimbang tidak dapat memberikan komitmen penuh.

"Ini kerana saya masih mengutamakan bidang perniagaan dan berlakon apabila mempunyai masa terluang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Fizo Omar , Pencetus Ummah.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan