Anne Ngasri Tidak Idam Jawatan Politik - Berita Hiburan | mStar

Anne Ngasri Tidak Idam Jawatan Politik

Diterbitkan: Isnin, 17 November 2014 12:30 AM

Anne Ngasri.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Anne Ngasri tidak pernah berhasrat untuk bergiat aktif dalam dunia politik sebagai wakil rakyat sebaliknya hanya mahu melakukan aktiviti kebajikan membantu golongan Melayu.

Anne atau nama sebenarnya, Nasriah Ngasri, 30, berkata, tugas sebagai seorang wakil rakyat bukan perkara ringan sebaliknya ia adalah satu amanah besar dan berat yang memerlukan persediaan mantap dalam menjadi suara kepada masyarakat.

"Biarpun saya aktif dalam Umno tetapi buat masa ini tidaklah sampai ingin menjadi wakil rakyat kerana ia tanggungjawab yang besar dan saya belum mampu memikul amanah tersebut.

"Biarlah saya hanya sekadar dibelakang tabir melakukan aktiviti kebajikan untuk membantu bangsa saya dengan ikhlas dan sepenuh hati," katanya kepada mStar Online.

Anne lebih selektif terhadap tawaran berlakon yang datang kepadanya.

Anne menyandang jawatan sebagai Ketua Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang sejak tahun lalu manakala suaminya, Mohd Sumali Reduan adalah Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno.

Dalam pada itu, Anne berkata, biarpun dia kini dilihat semakin menyepi daripada lakonan namun dia tidak pernah berhasrat meninggalkan bidang tersebut.

Bagaimanapun Anne mengakui, tawaran berlakon yang diterimanya sejak akhir-akhir ini agak kurang selain dia lebih selektif memandangkan perlu memberi perhatian kepada empat cahaya matanya yang sedang membesar.

"Saya tidak pernah bersara daripada lakonan cuma kesibukan menguruskan rumah tangga dan anak-anak menjadi penyebab saya kurang berlakon sejak akhir-akhir ini.

"Tambahan pula tawaran agak kurang dan saya hanya menerima watak yang tidak memerlukan saya berjauhan dengan anak-anak kerana mereka masih kecil untuk ditinggalkan lama-lama," jelasnya. 










Tags / Kata Kunci: Anne Ngasri.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan