Erra Fazira Sahkan Kekasihnya Pemuda Bujang

Diterbitkan: Khamis, 13 November 2014 6:43 AM

Erra Fazira

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Pelakon Erra Fazira tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya kepada umum memandangkan perhubungan yang dijalinkan itu  masih lagi baharu.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berkata, individu itu merupakan seorang yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman iaitu lebih berilmu pengetahuan berbanding dirinya.

"Saya akan dedahkan siapa pasangan saya apabila perhubungan itu ke fasa seterusnya. Yang penting dia bujang dan saya tidak mencari orang yang berharta.

"Cukuplah jika dia boleh membimbing saya dan berpengetahuan serba serbi lebih daripada saya," katanya kepada mStar Online.

Erra ditemui pada majlis pelancaran teater Takhta 3 Ratu di Bora Ombak di sini pada Rabu. 

Pelakon Awie, Soo Wincci, Izreen Azminda, Beto Kushairy dan Datuk Rahim Razali turut hadir pada majlis tersebut.

Terdahulu Erra pernah berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abdin pada 25 Oktober 2007 dan  bercerai pada 18 Februari. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak bernama Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.


mStar Default Image
Dari kiri Soo Wincci, Erra Fazira dan Izreen Azminda.


Sebelum itu pernah Erra bertemu jodoh dengan penyanyi Yusry Abdul Halim dan bernikah pada 15 Jun 2003. Mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa dikurniakan cahaya mata.


Sementara itu, mengenai Takhta 3 Ratu, ia merupakan projek teater yang menggabungkan tiga produksi iaitu Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd, Erra Fazira Entertainment dan Awie Entertainment.

Kata Erra, ia merupakan sebuah pementasan yang berat dan berkos tinggi di mana ia memerlukan beberapa penggabungan beberapa syarikat agar teater tersebut mendapat hasil yang berkualiti.

"Selepas diberi slot untuk menerbitkan sebuah pementasan teater di Istana Budaya, pengarahnya, Erma Fatima terus merancang untuk menghasilkan judul ini.

"Ia juga sebuah pelaburan yang berisiko tinggi kerana pementasan berkonsepkan sejarah Melayu sukar untuk menarik perhatian masyarakat. Apatah lagi ia akan berlangsung pada Disember ini di mana ketika itu ibu bapa sibuk berjimat duit untuk persiapan sekolah anak.

"Tetapi saya percaya dengan gabungan pelakon yang mantap serta skrip yang bagus akan menarik perhatian orang ramai untuk hadir menyaksikan teater ini," ujarnya.

Takhta 3 Ratu mengisahkan tentang puteri Majapahit iaitu Galuh Chenderai (Izreen) yang berkahwin dengan Sultan Mansur (Azri Iskandar)  terluka hati apabila suaminya itu mengambil keputusan mengahwini Puteri Hang Li Po (Soo Wincci) bagi mengukuhkan pertalian persahabatan antara Melaka dan China.

Dalam persengketaan antara Galuh Chenderai dan Li Po, kedua-dua mereka terduduk apabila Sultan Mansur mahu menikahi Lela Wangsa (Erra), iaitu puteri kepada Maharaja Dewa Sura, pemerintah Inderapura yang cuba hendak menyerang Melaka.

Takhta 3 Ratu bakal dipentaskan bermula 13 hingga 22 Disember 2014 di Istana Budaya.

Tiket berharga RM50 hingga RM350 boleh dibeli di kaunter IB atau melayari laman www.airasiaredpix.com.

Tags / Kata Kunci: Erra Fazira

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan