Nabil Gementar Bawa Watak Romantik Bersama Lisa Surihani

Diterbitkan: Selasa, 11 November 2014 12:31 AM

Nabil dan Lisa Surihani dalam filem televisyen Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Nabil Ahmad  gementar untuk melakonkan babak romantik bersama  Lisa Surihani dalam filem bagi siara televisyen iaitu Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris.

Ia  bakal bersiaran bermula 20 November ini di Astro First Eksklusif (Saluran 480).

Nabil berkata, beberapa kali lidahnya kelu ketika ingin melontarkan dialog romantik dan serius di hadapan pelakon wanita popular itu.

"Susah sangat bawa watak-watak romantik terutama sekali bila bergandingan dengan pelakon hebat seperti Lisa Surihani.

"Dia sentiasa memberi lakonan terbaik tetapi saya pula kelu, malah tangan saya menggigil bila ada adegan berpelukkan," ujarnya kepada mStar Online.

Nabil ditemui pada sidang media selepas tayangan filem televisyen Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris di TGV One Utama, di sini, Isnin.

Nabil berkata, ia merupakan kali pertama dia melakonkan watak serius.

Barisan pelakon filem televisyen Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris.


Katanya, sepanjang bergelar anak seni dia banyak menolak watak-watak serius dan berat yang ditawarkan berikutan kurang yakin dengan keupayaannya membawa watak tersebut dengan baik.

"Saya memang tidak pandai berlakon watak serius. Tahun ini sahaja ada empat atau lima drama yang memerlukan saya bawa watak air mata yang saya tolak.

"Berlakon bukan keutamaan saya dalam bidang seni, jadi lebih baik beri kepada orang yang lebih pakar," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengapa dia menerima tawaran dalam filem televisyen ini, Nabil berkata, ia adalah peluang untuk dia bercuti di Paris, Perancis.

Katanya, kesibukan sebagai pelawak dan pengacara menyukarkan dia mencari masa untuk pergi bercuti.

"Saya terima sebab dapat bercuti di Paris, pihak produksi sudah mengaturkan jadual penggambaran dan mencari hos gantian untuk rancangan Meletop (siaran Astro Ria)," ujarnya.

Sementara itu, Lisa berkata, pertama kali bergandingan dengan Nabil adalah pengalaman yang menyeronokan kerana pelawak tersebut banyak menceriakan suasana sepanjang sepuluh hari penggambaran.

Katanya, penggambaran tersebut berjalan dalam keadaan bekerja sambil bercuti.

"Semuanya berjalan lancar dan gembira kerana kita tidak rasa tertekan dengan penggambaran tersebut terutama sekali dikelilingi oleh orang-orang yang disenangi," katanya.

Selain Nabil dan Lisa Surihani, filem televisyen otu turut dibintangi oleh Zizan Nin, Nelydia Senrose, Mia Sara dan Ryqal Iskandar.

Filem ini mengisahkan kegigihan dua kanak-kanak yang datang ke Paris dengan tujuan ingin menyatukan Pak Su Hairi (Zizan Nin) dan Aunty Lisa (Nelydia Senrose) yang semakin renggang.

Dalam perjalanan itu mereka bertemu dengan pasangan suami isteri iaitu Sofea dan Haris (Lisa dan Nabil) yang sedang berbulan madu di negara itu.

Tags / Kata Kunci: Nabil Ahmad , Lisa Surihani

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan