Gosip Putus Tunang Tidak Gugat Elly Mazlein & Azmi

Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 12:30 AM

Semoga bahagia... Elly Mazlein bersama suaminya, Azmi Hatta akhirnya selamat diijabkabulkan selepas tiga tahun bertunang. FOTO: Utusan Malaysia.

(Ubah saiz teks)

PUCHONG: Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein memberitahu dakwaan kononnya dia putus tunang dengan pengarah drama Azmi Hatta tidak langsung menjejaskan hubungan mereka yang diikat selama tiga tahun.

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 34, berkata, dia tidak pernah berkecil hati dengan khabar angin tersebut kerana lebih mengetahui perkara sebenar yang berlaku dalam hubungan itu.

"Sikit pun saya tidak ambil hati dengan gosip putus tunang itu, saya faham khabar angin tersebut berlaku apabila pertunangan ini terlalu lama dan peminat ingin tahu perkembangan peribadi saya selepas bertunang.

"Secara jujur saya tidak kisah pun orang tulis pasal gosip berkenaan kerana saya tahu sejauh mana hubungan kami ketika itu dan ia tidak jejaskan ikatan pertunangan kami," ujarnya ketika ditemui mStar Online selepas upacara akad nikah yang berlangsung di Surau As Sakinah, di Putra Perdana, di sini, Ahad.

Elly sah bergelar isteri kepada pengarah drama berstatus duda, Azmi Hatta, 38, dengan dua kali lafaz.

Elly dan Hatta merancang untuk bermulan madu di sebuah pulau dalam masa terdekat ini. Foto ihsan: Jangguttouch.net/blog

Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan Syed Hanafi Syed Abdullah kira-kira pukul 11.45 tengah hari, Ahad.

Sejurus selepas majlis pernikahan, Elly bersama suami sempat menziarah kubur ibunya Allahyarham Sabariah Ahmad bersebelahan surau As Sakinah.

Dalam pada itu, Elly turut menzahirkan rasa lega selepas penantiannya selama tiga tahun untuk mendirikan rumah tangga akhirnya menjadi kenyataan.

"Kami bukan segaja untuk melambatkan pernikahan ini, cuma sudah beberapa kali juga kami mencari tarikh dan merancang tetapi tidak diizinkan Allah.

Kalau diikutkan kami ingin langsungkan pada Februari tahun depan, namun disebabkan ibu meninggal dunia pada Mei lalu, Azmi minta majlis dipercepatkan bagi memudahkan dia untuk menjaga saya dan ayah," ujarnya.


Elly menziarah pusara ibunya selepas selesai akad nikah. Jangguttouch.net/blog


Jelas Elly, bukan segaja untuk melewatkan tarikh perkahwinan, namun beberapa perancangan yang dilakukan sebelum ini mempunyai pelbagai halangan.

Sementara itu, ditanya soal kerjayanya selepas berkahwin, Elly berkata, dia akan membataskan kerjaya lakonan dan nyanyian bagi menumpukan perhatian terhadap keluarga.

Dia juga berharap dapat dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat bagi menlengkapi kehidupan berumahtangga.

"Saya akan kurangkan sedikit kerjaya lakonan dan nyanyian berbanding dulu, saya hanya akan ambil penggambaran yang di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

"Perancangan keluarga pula, kalau boleh memang nak anak cepat tetapi terpulang kepada rezeki yang Allah berikan kepada kami," ujarnya.

Pasangan ini juga merancang untuk berbulan madu di sebuah pulau dalam masa terdekat ini.

Elly dan Azmi, mengikat tali pertunangan pada 29 Mei pada 2011 dalam satu majlis di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur.
Tags / Kata Kunci: Elly Mazlien , Azmi Hatta

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan