Sharifah Amani Yakin Industri Filem Tempatan Belum 'Mati'

Diterbitkan: Ahad, 9 November 2014 12:31 AM

Sharifah Amani memenangi Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi filem Psiko Pencuri Hati pada Anugerah Skrin 2014 (ASK2014).

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Sharifah Amani menyifatkan industri perfileman tempatan masih lagi belum mati seperti yang diperkatakan penggiat-penggiat seni lain.

Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya , 28 berkata, dia masih yakin bahawa industri perfileman negara sedang menuju ke arah pemulihan memandangkan sudah semakin ramai penggiat filem terutamanya golongan muda muncul dengan karya-karya bersifat antarabangsa.

"Saya tak rasa industri kita semakin merudum atau orang kata dah nazak. Belum lagi. Kalau tak, tak mungkinlah penggiat seni masih aktif berkarya.

"Cuma didikan mengenai karya filem sebenar kepada penonton masih belum cukup," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai kemenangannya sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi filem Psiko Pencuri Hati pada Anugerah Skrin 2014 (ASK2014) yang berlangsung malam Jumaat lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kata Amani, ia merupakan satu penghargaan yang luar biasa baginya.

"Saya hadir ke ASK2014 bersama keluarga dengan tujuan mahu memeriahkan majlis, tetapi tak sangka pula kehadiran saya rupanya diisi dengan sebuah anugerah.

"Lebih menyeronokkan lagi apabila ketika nama diumumkan, saya dikelilingi keluarga dan rakan-rakan yang saya sayang di mana mereka bersorak atas kemenangan itu, Alhamdulillah.

"Kejayaan ini juga disebabkan oleh pengarah Psiko Pencuti Hati iaitu Namron yang berjaya membuatkan saya berlakon watak Wani dengan baik. Kami telah membuat latihan sebulan sebelum penggambaran bersama pelakon-pelakon lain," ujarnya.

Filem tersebut turut meraih trofi menerusi Pelakon Lelaki Terbaik Filem yang dimenangi oleh Bront Palarae.

Dalam pada itu, Amani berkata, dia merancang ingin muncul dengan filem-filem berkonsepkan feminisme yang lebih mengetengahkan tentang isu-isu wanita. 

Tags / Kata Kunci: ASK2014 , Sharifah Amani , Psiko Pencuri Hati

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan