Kurang Pelakon Cina Buatkan Kin Wah Tidak Perlu Bersaing

Diterbitkan: Ahad, 9 November 2014 12:32 AM

Kin Wah menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi drama Matahari Terbit lagi pada Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014). Foto FAIHAN GHANI

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Kin Wah menyifatkan kekurangan pelakon kaum Cina dalam industri perfileman tempatan membuatkan dia tidak perlu bersaing untuk mengekalkan kedudukannya di bidang berkenaan.

Kin Wah atau nama Islamnya, Anuar Chew Abdullah, 49, bagaimanapun berkata, ia tidak bermakna dia dengan mudah mengambil kesempatan mengenai perkara itu, sebaliknya tetap bersungguh-sungguh dengan setiap lakonan yang ditugaskan.

"Benar, saya tiada pesaing berbangsa Cina dalam bidang ini dan ia memudahkan saya untuk terus kekal dan hidup dalam industri ini.

"Bukannya tidak ada pelakon Cina, tetapi kebanyakannya tidak fasih berbahasa Melayu dan kerana itu juga mereka berada dalam kelompok industri Cina di Malaysia.

"Apa-apapun saya berharap pada masa akan datang, lebih ramai lagi pelakon Cina melibatkan diri di arus perdana kerana saya percaya bersaing dengan cara sihat dapat membantu menaikkan lagi kualiti industri kita," katanya.

Kin Wah pada malam Jumaat lalu buat pertama kalinya menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi drama Matahari Terbit Lagi pada Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Katanya ia merupakan satu penghargaan yang paling bermakna selepas jatuh bangunnya sepanjang 30 tahun bergelar pelakon.

"Saya anggap ini satu rezeki dan saya bersyukur kemenangan ini bukan kerana watak saya sebagai gangster seperti yang orang selalu lihat di mana-mana drama atau filem.

"Sebaliknya kemenangan ini adalah kerana watak saya yang berlainan dalam drama Mentari Terbit Lagi arahan Azeli Mohammad.

"Subjek dan konteks yang diketengahkan selain teknik pengarahan yang diaplikasikan oleh Azeli berbeza daripada drama lakonan saya sebelum ini," ujarnya.

Drama itu mengisahkan Alina seorang mualaf yang baru kematian suami. Dia terpaksa bekerja dan meninggalkan anaknya, Haikal bersama Simon, bapanya yang berlainan agama. 

Pada mulanya, Simon berasa kekok untuk tinggal bersama Haikal, namun dia cuba menyesuaikan diri dengan rutin harian cucunya yang beragama Islam.

Selain Anuar, drama tersebut turut dibintangi Akid Lema Tay Abdullah, Adam Corrie Lee Abdullah dan Mohd. Harminder Singh.

Tags / Kata Kunci: Kin Wah , Anuar Chew Abdullah , ASK2014

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan