Majlis Tunang Cef Riz & Shikin Maembong Sederhana

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 1:57 PM

Chef Riz dan Shikin Maembong akan mendirikan rumah tangga pada Disember ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis pertunangan dan risik cef Riz dengan Shikin Maembong yang diadakan pada malam Rabu dilakukan secara sederhana.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, berkata, majlis tersebut berlangsung  di kediaman keluarga perempuan iaitu di Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka dekat sini dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dalam sebuah majlis secara sederhana sahaja, rombongan saya hanya tiga orang sahaja iaitu ayah, ibu dan nenek saya. Manakala keluarga Shikin agak ramai kerana adik beradik dia semua ada.

"Kami bersetuju untuk mengadakan majlis akad nikah pada Disember ini tetapi masih lagi mencari tarikh yang sesuai dan kemungkinan pada awal Disember," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Majlis pertunangan berlangsung pada Malam Rabu dikediaman pihak wanita.

Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Chef Wan berkata, pada majlis tersebut pihaknya hanya membawa tiga dulang hantaran iaitu cincin, buah-buahan dan kek.

Sementara tiada balasan hantaran daripada pihak perempuan.

Dalam pada itu, Riz berkata, sebagai lelaki dia tidak sabar untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi dan membina sebuah keluarga yang sempurna.

"Kalau boleh saya ingin berkahwin cepat kerana kami menjalankan pernigaan bersama dan kemana-mana pun perlu pergi berdua.

"Secara jujurnya sebagai lelaki saya memang teringin sangat untuk ada sebuah keluarga yang sempurna dan dapat anak cepat," ujarnya.

Pasangan ini dilaporkan bercinta sejak dua tahun lalu.

Shikin berumur 31 tahun merupakan anak kepada pelukis terkenal tanah air, Ismail Embong dan kakak kepada Emma Maembong.

Sebelum ini Chef Riz pernah berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia pada 11 Disember 2011 namun hubungan itu tidak kekal lama apabila kedua-duanya berpisah pada November 2012.
Tags / Kata Kunci: Chef Rizz , Shikin Maembong

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan