Fiza Halim Nyaris Dibuli Pemandu Teksi

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 12:32 AM

Fiza bersama suaminya Adam (AF2)

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Fiza Halim melalui satu detik ngeri apabila nyaris dibuli pemandu teksi di lebuhraya Selayang-Kepong dekat sini minggu lalu.

Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, berkata, semasa melalui jalan berkenaan bersama seorang anak saudaranya, tiba-tiba muncul sebuah teksi yang berhenti secara mengejut lalu menghalang kereta dipandunya.

"Seorang pemandu teksi berlaku kurang ajar ditengah jalan, sudahlah membawa teksi seperti orang gila, selepas itu dia boleh halang kereta saya dengan berhenti secara tiba-tiba.

"Kalau ada lori datang daripada belakang memang kena langar jawabnya kereta saya. Pemandu teksi itu kemudian keluar dan marah-marah, dia fikir saya seorang sahaja dalam kereta itu.

"Nasib baik ada anak buah saya yang berbadan besar keluar untuk selesaikan perkara itu, terus dia kecut perut," ujarnya kepada mStar Online di sini pada Selasa.

Fiza juga berkata, disebabkan perangai seorang pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab itu, ia telah memberi persepsi buruk terhadap perkhidmatan pemandu teksi lain.

"Tolonglah jangan jadi pembuli jalan raya terutamanya kepada kaum wanita. Saya akan laporkan perkara ini ke pihak yang berkenaan.

"Disebabkan seorang pemandu teksi berperangai sebegini akan menyebabkan orang beri persepsi buruk kepada semua pemandu teksi lain," katanya yang tertanya-tanya apakah kesalahannya sehingga terjadinya insiden sedemikian.

Sementara itu, suaminya penyanyi Adam (AF) berkata, dia bersyukur isterinya tidak diapa-apakan dalam kejadian tersebut.

Adam berkata, dia tidak berada ditempat kejadian ketika itu kerana menyelesaikan perkara lain.

"Alhamdulillah dia tidak diapa-apakan, dia ada beritahu saya dan menceritakan hal tersebut. Saya hanya nasihatkan dia supaya bersabar dan lebih berhati-hati selepas ini terutama jika keluar bersendirian.

"Setakat ini, kami tidak ambil apa-apa tindakan lagi, cuma saya harap tiada lagi kejadian sebegini berlaku," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.
Tags / Kata Kunci: Fiza Halim , Adam AF

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan