Pihak Pendakwa Serah Dokumen Forensik Untuk Dakwa Awie

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 11:59 AM

Awie (tengah) didakwa mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun pada 2 Jun lalu.

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Pihak pendakwa pada Selasa mengemukakan dokumen forensik di mahkamah majistret di sini bagi menyokong pendakwaan terhadap penyanyi Awie atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun pada 2 Jun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene menyerahkan dokumen itu kepada majistret, Ayuni Izzaty Sulaiman.

Awie turut hadir pada prosiding berkenaan dan dia diwakili peguam Hazman Harun dan Aimizaizul Amran.

Ayuni Izzaty menetapkan 13 dan 14 Januari 2015 untuk perbicaraan kes berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang di sini.

Jika sabit kesalahan penyanyi itu boleh dihukum mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaaan.

Awie dan Rozana, 36, dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005 dan memiliki tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Terdahulu pada 18 September lalu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengarahkan beliau membayar kos guaman sebanyak RM900 kepada Rozana selepas bantahannya berhubung permohonan isterinya bagi mengenepikan perintah hak jagaan anak secara sebelah pihak yang diperolehnya ditolak.

Sementara itu, Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12.
Tags / Kata Kunci: Awie , Rozana

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan