Usah Pandang Rendah Bakat Cristina Suzanne

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 12:30 AM

Cristina Suzanne tidak mahu dipandang rendah kerana produk Pilih Kasih.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Cristina Suzanne berharap kemenangan  sebagai Pelakon Harapan di Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM 26) pada Sabtu lalu bakal mengubah persepsi terhadap produk kelahiran program realiti Pilih Kasih yang disertainya pada pada musim kedua, tahun 2010.

Cristina atau nama sebenarnya, Cristina Suzanne Stockstill, 29, berkata, kejayaan itu sebagai bukti kepada masyarakat agar tidak terus memandang rendah kepadanya dan bekas-bekas peserta yang lain.

"Saya sangat beruntung kerana pentas inilah dahulu saya berjuang dalam program Pilih Kasih musim ke-2 dan selepas empat tahun saya kembali ke pentas ini untuk ambil anugerah Pelakon Harapan di FFM 26.

"Anugerah ini bukan untuk saya sahaja tetapi kepada semua bekas peserta program Pilih Kasih dan bukti bahawa kami juga mempunyai kualiti dan mampu berjaya.

Jangan pandang rendah pada produk kelahiran sebuah program yang mempunyai rating rendah," ujarnyanya kepada mStar Online.

Cristina Suzanne


Cristina memenangi anugerah Pelakon Harapan menerusi filem KIL pada Festival Filem Malaysia ke-26 yang berlangsung di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tunku Muhammad, Sg Gadut, Seremban di Negeri Sembilan.

Program Pilih Kasih siaran RTM yang dihoskan oleh Datuk Rosyan Nor sebelum ini turut menggunakan auditorium yang sama.

Tambahnya, kejayaan yang diperoleh itu dapat memberi semangat kepada rakan-rakan program tersebut untuk terus berusaha dalam industri seni tempatan.

Dalam pada itu, Cristina berkata, kejayaan tersebut tidak bermakna dia sudah boleh mendabik dada dan berpuas hati dengan hasil lakonannya selepas ini.

Katanya, ia adalah permulaan untuk dia meletakanya namanya sebaris dengan pelakon-pelakon hebat tanah air.

"Dapat anugerah bukan bermakna kita sudah bagus dalam bidang lakonan dan boleh mengajar orang lain berlakon, kita cuma bagus untuk karakter dalam filem itu sahaja.

"Pada saya, selepas kemenangan ini saya perlu lebih banyak belajarlagi dan cuba watak-watak lain yang lebih mencabar daripada watak yang saya menang itu," ujarnya.

Ditanya tentang wajahnya kurang dilihat di drama-drama tempatan, Cristina berkata, dia hanya memilih watak yang bersesuaian dan mampu mengasah bakatnya dalam bidang lakonan.

"Saya ambil juga tawaran drama, jika ambil filem sahaja susah nak hidup kerana banyak bil yang perlu dibayar. Namun saya ambil drama yang saya rasa mampu membawa watak tersebut.

"Berlakon drama sebenarnya adalah tempat untuk kita belajar dan menagsah bakat lakonan, selalunya saya akan lihat skrip dahulu sebelum terima sesebuah drama," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Cristina Suzanne

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan