Kemenangan KIL DI FFM 26 Usah Dipertikaikan

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 12:25 AM

Salah satu babak dalam filem KIL yang dibintangi oleh Redza Minhat dan Cristina Suzanne.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Pengurus Besar Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB), Tengku Iesta Tengku Alauddin tidak mahu kejayaan filem KIL merangkul filem terbaik termasuk meraih lima anugerah pada malam anugerah perdana, Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM 26) malam Sabtu lalu dipertikaikan lagi oleh beberapa pihak.

Tengku Iesta berkata, filem tersebut mempunyai kekuatan tersendiri yang melayakkan ia dipilih sebagai pemenang utama bagi anugerah berprestij FFM 26.

"Saya harap kejayaan ini tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak dengan sindiran-sindiran tajam. Ia adalah rezeki dan tidak baik untuk terus dipertikaikan.

"Saya yakin kemenangan ini dipilih oleh juri yang melihat ada sesuatu yang istimewa dalam filem ini seperti mana ketika pertama kali dengar idea ini daripada pengarahnya Nik Amir," ujarnya kepada mStar Online.

Tengku Iesta berkata demikian ketika ditemui selepas Festival Filem Malaysia ke-26 yang diadakan di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sg. Gadut, di sini, malam Sabtu.

Filem Kil diumum sebagai Filem Terbaik, dan merangkul empat anugerah lain iaitu Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik menerusi Nik Amir Mustapha, Pelakon Harapan Wanita (Cristina Suzzane) dan Poster Terbaik.

Tengku Iesta (memegang trofi) pada FFM26.

Filem ini menewaskan empat filem lain iaitu Penanggal, Rock Oo, Sembunyi: Amukan Azazil, dan KL Gangster 2.

Sementara itu, katanya, kejayaan besar itu menjadi laluan kepada muka baharu untuk diberi peluang bersaing dalam industri perfileman tanah air.

Tambah Tengku Iesta, pihaknya sentiasa memberi peluang kepada pelapis baharu untuk menampilkan karya-karya mereka.

"Kemenangan ini adalah tidak disangka sama sekali kerana filem ini merupakan filem genre yang berbeza daripada filem-filem yang tercalon dan ia daripada pendatang baharu.

"Selepas ini memang kami akan buka peluang kepada muka baharu yang tampil dengan karya-karya berkualiti," ujarnya.

Dalam pada itu, Tengku Iesta berkata, kejayaan pengarah dan produksi filem KIL dapat memberi contoh terbaik dan pembakar semangat kepada pengarah dan penulis baharu yang berada dibelakang tabir untuk terus menghasilkan karya hebat.

"Kita harap kejayaan ini memberi semangat kepada penggiat filem lain untuk tampil dengan idea yang baik dan bersaing pada masa hadapan," katanya.

Sementara itu, Tengku Iesta berkata, kekuatan filem KIL adalah daripada konsep idea yang mengangkat isu semasa tentang masalah remaja masa kini.

Tambahnya, kejayaan filem berskala kecil itu juga seiring dengan tema FFM 26 iaitu Tranformasi Filem Malaysia.

"Jika ingin dibandingkan memang filem ini mempunyai skala kecil berbanding empat filem lain. Tetapi saya lihat ia bersesuaian dengan tema FFM 26 kali ini.

"Kekuatan filem ini adalah daripada idea tentang masalah generasi sekarang yang sering tertekan dan menghadapi masalah kemurungan," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Tengku Iesta , KIL

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan