Syurga Tanpa Cinta Drama Carian Tertinggi di RTM

Diterbitkan: Ahad, 2 November 2014 12:25 AM

Antara barisan pelakon Syurga Tanpa Cinta.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Drama bersiri Syurga Tanpa Cinta yang bersiaran menerusi slot Widuri TV1 bermula pada 28 September lalu menjadi drama pencarian nombor satu yang ditonton menerusi Video On Demand Myklik RTM.

Drama arahan Micheal Ang itu mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 991 penonton dan dibarisi pelakon hebat seperti Emma Maembong, Kamal Adli, Sharifah Shahora dan Marsha Milan Londoh.

Memasuki episod keenam bersiaran, drama Syurga Tanpa Cinta boleh ditonton setiap Sabtu dan Ahad pukul 7 malam di TV1.

Sementara itu, drama Pulang Sayang menduduki tangga kedua pencarian tertinggi di Video On Demand dengan 712 tontonan.

Diikuti drama Mencari Cinta, Hanna Raudhah, dan Asparagus dengan masing-masing mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 680, 673 dan 473 tontonan.

Penonton setia RTM yang terlepas untuk menonton drama-drama terbaik di saluran TV1 dan TV2  boleh layari laman sesawang di www.myklik.rtm.gov.my  dan tonton semula drama-drama  kegemaran anda.
Tags / Kata Kunci: RTM , Syurga Tanpa Cinta

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan