KIL Bolot Anugerah Festival Filem Malaysia Ke 26

Diterbitkan: Ahad, 2 November 2014 12:04 AM

Filem KIL berjaya meraih anugerah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-26. -Foto SHAARI CHE MAT/THESTAR.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Filem KIL arahan Nik Amir Mustapha diangkat sebagai filem terbaik Anugerah Perdana Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26) yang diadakan di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, di sini, malam Sabtu.

Kemenangan itu menewaskan saingan terdekatnya iaitu filem Penanggal dan membolehkan Nik Amir membawa pulang trofi dan wang tunai.

Selain itu, Nik Amir turut meraih trofi Pengarah Filem Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Menerusi KIL juga, Cristina Suzanne berjaya merangkul anugerah Pelakon Harapan Wanita.


Umie Aida meraih anugerah bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.


Sebelum itu, pada Malam Perasmian Festival Filem 26 yang berlangsung pada Rabu lalu, KIL turut merangkul anugerah Poster Terbaik.

Filem Tanda Putera pula berjaya merangkul sebanyak dua anugerah iaitu Anugerah Kesan Khas Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik melalui Rusdi Ramli.

Selain itu, anugerah Pelakon Wanita Terbaik dimenangi oleh Lisa Surihani menerusi filem Istanbul Aku Datang.

Para pemenang menerima sebuah trofi, wang tunai dan set barangan kemas tajaan Rafflesia.

Rosyam Nor rangkul anugerah bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. 

FFM26 turut menyampaikan anugerah khas iaitu Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman Wanita kepada Datuk Rosnani Jamil dan Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman Lelaki (Datuk Rahim Razali).

Selain itu, Anugerah Khas Juri diberikan khas kepada tiga buah filem iaitu Tanda Putera, Paper Moon dan Kolumpo.

Majlis dihoskan oleh Fahrin Ahmad dan Fazura dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Dr Awaludin Said, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Md Affendi Hamdan dan pemangku Ketua Pengarah Finas, Dr Megat Al Imran Yassin.

Terdahulu 11 anugerah telah disampaikan pada Malam Perasmian di Hotel Empire Subang, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Zul Ariffin nyata terkejut sebaik namanya diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik.

Berikut ini senarai pemenang Anugerah Perdana FFM26:

Filem Terbaik
: KIL

Filem Bukan Melayu Terbaik: Paper Moon (Double Vision/Astro Shaw/Passion Entertainment)

Pengarah Filem Terbaik: Nik Amir Mustapha (KIL)

Cerita Asal Terbaik: Mamat Khalid (Rock Oo)

Lakon Layar Terbaik: Nik Amir Mustapha (KIL)

Sinematografi Terbaik: Raja Mukhriz (Penanggal)

Penyunting Terbaik: Syamsul Yusof/ Hisham Jupri (KL Gangster 2)

Filem Box Office: Husin Mon & Jin Pakai Toncit

Pelakon Lelaki Terbaik: Rusdi Ramli (Tanda Putera)

Pelakon Wanita Terbaik: Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Datuk Rosyam Nor (KL Gangster 2)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Umie Aida (Sembunyi : Amukan Azazil)

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik: Zul Ariffin (Penanggal)

Pelakon Harapan Wanita Terbaik: Cristina Suzanne (KIL)

Anugerah Kesan Khas Terbaik: Tanda Putera ( Pesona Pictures)

Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman Wanita: Datuk Rosnani Jamil

Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman Lelaki: Datuk Rahim Razali

Anugerah Khas Juri : Tanda Putera

Tags / Kata Kunci: FFM26 , KIL

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan