Hafiz Suip Bakal Gamatkan Konsert Krisdayanti

Diterbitkan: Jumaat, 31 Oktober 2014 12:31 AM

Krisdayanti

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konsert artis dari Indonesia iaitu Krisdayanti di negara ini pada 22 November depan akan menjadi lebih bermakna selepas penyanyi Hafiz Suip bersedia untuk terlibat dalam acara itu.

Krisdayanti, 39, mengakui, penyanyi yang berusia 24 tahun itu turut mempunyai keistimewaan tersendiri dan tentunya gandingan mereka berdua akan merancakkan lagi persembahan itu nanti,” ujarnya.

Kris berkata demikian kepada pemberita pada majlis sidang media kali kedua, konsert Krisdayanti Live in KL 2014 di sini pada Khamis.

Persembahan itu akan diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pukul 8 malam. Ia dibawakan oleh One Drops Perfumes sebagai penaja utama.

Hadir sama dalam sidang media berkenaan ialah Penagrah Eksekutif Kumpulan One Drop, Zetty Ismail.

Dalam pada itu Kris berkata, disebabkan sudah lama tidak mengadakan konsert di Malaysia, dia tidak menafikan perasaan gentar dan tentunya telah siap melakukan latihan bagi memastikan persembahan itu nanti berjaya.

Hafiz Suip


Tambah beliau, lebih menarik lagi pada konsert itu nanti dia akan turut berduet dengan anaknya, Aurel.

“Saya percaya anak saya dan Hafiz akan mempunyai stamina yang luar biasa selain saya akan tampilkan beberapa kejutan dan bakal memperagakan lebih 10 persalinan untuk konsert ini,” ujarnya.

Sementara itu Zetty berkata, penjualan tiket untuk persembahan itu amat memberangsangkan dan ia adalah bukti Krisdayanti masih mempunyai pengaruh.

Katanya, sebagai peneraju minyak wangi tanpa alkohol di negara ini, sudah tentu pihaknya mahu menjadikan konsert itu sebagai sejarah dan penonton akan mendapat kepuasan berganda menyaksikannya.

Tiket-tiket bagi menyaksikan persembahan itu masih  dijual dengan harga RM1,088, RM888, RM528, RM428, RM328, RM188 dan RM98.

Ia boleh dibeli dengan menghubunmgi talian 03-9222-8811 atau melalui laman web Ticket Charge di www.ticketcharge.com.my
Tags / Kata Kunci: Hafiz Suip , Krisdayanti

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan