Aril Pilus Tinggalkan Era FM, Bimbang Diskriminasi Stesen Radio

Diterbitkan: Selasa, 28 Oktober 2014 12:30 AM

Album Aril sudah berada di pasaran.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Aril Pilus memberitahu punca utama dia menamatkan kontraknya sebagai penyampai radio Era FM kerana mahu menumpukan perhatian kepada bidang nyanyian selepas melancarkan album pertamanya berjudul Aril.

Aril atau nama sebenar Khairil Azam Pilus, 29, berkata, status pekerjaannya di stesen radio juga memberi kesan apabila stesen radio lain enggan memutarkan lagu-lagunya atas faktor persaingan.

"Saya berhenti selepas dua tahun berkhidmat sebagai deejay Era FM kerana saya khuatir lagu-lagu saya tidak akan dimainkan di radio-radio lain.

"Sebagai penyanyi yang bekerja di sebuah stesen radio ia akan dilihat sebagai ada suatu persaingan dan kepentingan peribadi, jadi saya ambil keputusan untuk berhenti," ujarnya kepada mStar Online.

Orang kuat disebalik pembikinan album pertama Aril.

Aril berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran album pertamanya berjudul Aril yang diadakan di No Black Tie, di sini, Isnin.

Album mempunyai sembilan buah lagu itu turut memuatkan sebuah lagu nyanyian semula berjudul Kembali Senyum yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham abangnya iaitu Izwan Pilus.

Katanya, lagu itu merupakan cara dia menghargai pengorbanan abangnya yang banyak membantu dalam kerjaya nyanyiannya selama ini.

"Lagu ini saya nyanyikan semula sebagai hadiah kepada abang saya dan itu cara saya menghargai pengorbanan beliau.

"Peminat-peminat dia juga banyak bertanyakan tentang lagu itu dan rindukan arwah, begitu juga saya sebagai adik," katanya.

Sementara itu, Aril berkata, album tersebut merupakan penceritaan tentang pahit getir dilalui dalam kehidupan sepanjang bergelar artis.

Aril menambah, dia mengambil masa yang agak lama untuk muncul dengan album pertama itu disebabkan ingin mencari bahan yang terbaik dan sesuai dengan pasaran.

"Saya bukan tenggelam timbul dalam bidang nyanyian tetapi saya banyak menerokai cabang seni lain seperti pengacaraan, lakonan dan penyampaian radio.

"Sekarang saya fikir masa paling tepat untuk saya keluarkan sebuah album untuk peminat yang banyak menyokong kerjaya saya selama ini," ujarnya.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album Aril ialah Cari Aku, Menggeletar, Bangkit, Kembali Senyum, Ganjil, Bintang & Kelompang, Anugerah Terindah, Tulis dan Menatap Matamu.
Tags / Kata Kunci: Aril Pilus , EraFM

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan