Jantung Syafie Naswip Berhenti Kerana Makan Limau Cicah Garam

Diterbitkan: Jumaat, 24 Oktober 2014 10:09 AM

Syafie Naswip dedah perkara tentangnya yang tidak diketahui umum.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Syafie Naswip mendedahkan mempunyai alahan terhadap buah limau apabila mengalami jantung berhenti selepas memakan buah tersebut.

Syafie atau nama sebenarnya Mohammad Syafie Naswip, 22, berkata, kejadian tersebut berlaku tiga tahun lalu akibat terlalu teringin untuk memakan buah itu bersama garam sehingga membuatkan dia dikejarkan ke hospital.

"Saya tahu saya ada alahan terhadap makanan laut dan bila makan badan rasa panas dan gatal-gatal. Namun, tidak sangka buah limau juga menjadi alahan yang sama.

"Lebih teruk, selepas saya memakan buah limau dengan garam badan jadi panas dan ketika di klinik doktor beritahu jantung saya berhenti dan terus dibawa ke hospital. Alhamdulillah tidak ada apa-apa yang buruk berlaku," ujarnya kepada mStar Online.

Syafie berkata demikian ketika diminta menceritakan beberapa perkara tentangnya yang tidak diketahui umum.

Tambah Syafie, sejak kejadian tersebut, dia dinasihatkan agar tidak memakan buah tersebut bagi mengelakkan kejadian tersebut berulang.

Syafie berkata, kebiasaanya jika dia terlalu teringin untuk makan makanan laut dia akan memberitahu kepada rakan-rakannya agar bersedia untuk membawanya ke klinik berhampiran untuk mendapatkan suntikan segera.

"Kadang-kadang memang saya akan makan sahaja makanan tersebut, tetapi awal-awal saya akan beritahu pada rakan-rakan yang ada agar bawa saya ke klinik jika saya ada tanda-tanda alahan itu," ujarnya.

Selain itu, Syafie mengakui dia seorang 'kaki bangku' iaitu tidak pandai bermain bola sejak kecil lagi. 

Bagaimanapun, katanya, dia sering berpura-pura pandai jika disuruh melakonkan adegan bermain bola.

"Sejak kecil saya memang kaki bangku, saya tidak campur dengan orang bermain bola di sekolah dulu, tetapi jika disuruh berlakon saya buat sahaja, walhal hakikatnya saya takut.

"Kalau ada kawan-kawan yang ajak main saya akan duduk di tepi gol sahaja untuk tunggu bola kerana saya takut diketawakan," ujarnya.

Sementara itu, pelakon ini juga mendedahkan mempunyai tabiat suka mengira duit berulang kali jika ingin membeli sesuatu barang di kedai.

Katanya, dia akan mengeluarkan duit lebih daripada nilai barang yang hendak dibelinya dan kira banyak kali sebelum benar-benar menyerahkan duit itu kepada juruwang.

"Saya suka kira duit banyak kali sebelum bayar, jika barang tersebut berharga RM500 saya akan keluarkan lebih dan sentiasa kira sehingga benar-benar buat keputusan untuk membeli barang tersebut,

"Sebelum bayar saya akan suruh kawan saya pula kira duit tersebut agar tidak berlaku kesalahan," ujarnya.

Selain itu,bercerita tentang pengalaman tidak boleh dilupakan, lelaki yang popular dengan filem Mukhsin ini juga mendedahkan pernah didenda kerana membawa seluar dalam ke sekolah.

Katanya, perkara tersebut terjadi apabila dia terlupa untuk mengeluarkan seluar dalam selepas mandi di kolam renang.

"Saya sering pergi berenang selepas waktu sekolah, jadi saya akan bawa seluar dalam lebih dan satu hari itu saya terlupa untuk keluarkan daripada beg sekolah.

"Keesokan harinya di sekolah pula ada pemeriksaan dan cikgu menganggap saya buat perkara yang tidak betul," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Syafie Naswip

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan