'Tercalon Dalam AIM 21 Bukti Dangdut Masih Relevan' - Haiza

Diterbitkan: Jumaat, 24 Oktober 2014 12:31 AM

Haiza memberitahu semangatnya untuk terus menghasilkan lagu terbaharu semakin membara selepas menerima pencalonan dalam Anugerah Industri Muzik AIM 21 yang bakal berlangsung 6 Disember depan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Haiza menganggap pencalonan lagu nyanyiannya berjudul Kerana di Anugerah Industri Muzik ke 21 (AIM 21) adalah bukti muzik dangdut masih relevan dan mampu bersaing dengan genre lain.

Haiza, 34, berkata, walaupun lagu berkenaan dicalonkan dalam kategori Lagu Hip Hop Terbaik namun ia sangat bererti kepada kariernya kerana pertama kali tercalon dalam anugerah berprestrij itu.

"Pencalonan tersebut sangat bererti dalam karier saya kerana sepanjang 20 tahun memperjuangkan muzik dangdut ini adalah kali pertama saya tercalon dan saya sangat gembira.

"Biarpun bukan kategori khusus untuk dangdut namun penilaian yang dibuat terhadap lagu tersebut bukti genre dangdut masih relevan," katanya kepada mStar Online.

Kerana dicipta oleh Damian Mikhail manakala liriknya pula ditulis oleh Shah Shamsiri dan Filsuf.

Haiza bersama penulis lirik dan komposer lagu Kerana Shah Shamsiri(kiri) dan dan Damian Mikhail.

Haiza turut bersaing dengan empat lagi buah lagu dalam kategori sama iaitu Apa Khabar (Joe Flizzow/SonaOne), Havoc (Joe Flizzow/SonaOne/Altimet), Hello (Altimet/The Trisno Trio) dan Tepi Sikit (Sleeq/Joe Flizzow).

Dalam pada itu, Haiza berkata, dengan pencalonan tersebut ia telah membangkitkan semangatnya untuk terus berkarya dalam menghasilkan single terbaharu dan mengekalkan muzik dangdut.

Bagaimanapun kata Haiza, dia terbuka untuk melakukan eksperimen dalam muzik tersebut agar bersesuaian dengan kehendak dan selera pendengar yang sentiasa mahukan pembaharuan.

"Seperti Kerana ia sebenarnya adalah sebuah karya eksperimen dan ternyata ia menjadi dan dapat diterima ramai namun elemen dangdut yang sudah sebati dengan diri saya masih akan dikekalkan pada single terbaharu nanti," katanya.

Sementara itu, Haiza berkata, selain sibuk dengan undangan nyanyian dia kini semakin rancak menguruskan perniagaan produk jus kesihatannya ke seluruh negara.

"Alhamdulillah perniagaan semakin berkembang dan ejen di seluruh negara pun semakin ramai biarpun produk berkenaan tidak mempunyai promosi besar-besaran," katanya.

Tags / Kata Kunci: Haiza , Kerana , AIM 21.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan