"Artis Baru Akan Sedar Apabila Mereka Jatuh" - Zed Zaidi

Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 12:31 AM

Logo kempen Switch Off'14

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi kecewa apabila Kempen Switch Off’14 dipandang sepi oleh artis-artis baharu.

Zed berkata, artis-artis muda dan popular ketika ini sudah berada pada zon selesa tanpa memikirkan nasib yang bakal menimpa mereka di kemudian hari.

“Mereka tidak hadir hari ini tidak sokong kita kerana mereka sudah selesa dengan kedudukan mereka sekarang. Tapi bila mereka turun (jatuh) suatu hari nanti… barulah mereka akan datang kepada kita,” tegasnya.

Zed berkata demikian apabila ditanya mStar Online kemanakah perginya artis-artis baharu dan popular untuk menyokong kempen yang diperkenalkan bagi membela nasib karyawan seni.

Zed Zaidi

Kempen Switch Off’14 anjuran Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) mendapat sokongan penuh beberapa persatuan di bawah gabungan itu.

Kira-kira 500 orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seni menghadirinya. Ia diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada Selasa.

Antara yang kelihatan pelakon Norlia Ghani, Norish Karman, Mak Jah, Mac Ruhayu, Shahronizam, Shaharuddin Thamby, Fauziah Nawi dan Normah Damanhuri.

Terdapat 11 resolusi yang telah dipersetujui bagi menuntut pihak kerajaan agar mempertimbangkan permintaan mereka dalam membantu karyawan seni di negara ini.

Kempen berkenaan akan berlangsung sehingga 11 November 2014 dan pada tarikh itu, satu pertemuan dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan dibuat bagi membincangkan 11 usul yang terkandung dalam resolusi yang sudah dipersetujui itu.

Dalam pada itu Zed berkata, kempen berkenaan dilakukan adalah untuk membantu penggiat-penggiat seni yang semakin ditindas apabila bayaran kepada mereka tidak dapat ditambah sejak beberapa tahun lalu berpunca daripada kegagalan stesen-stesen televisyen menaikkan harga drama yang dibekalkan.

Antara artis dan karyawan seni daripada pelbagai latar belakang menyokong kempen Switch Off'14.

Kata Zed, walaupun artis baharu memandang sepi usaha itu namun mereka akan mendapat habuannya apabila usaha berkenaan membuahkan hasil.

"Kita buat semua ini untuk mereka yang ditindas. Tapi bagi artis-artis yang tidak menyokong usaha ini, mereka pun akan dapat juga (keuntungannya),” jelas Zed.

Tambahnya, suatu hari nanti dia percaya artis-artis tersebut akan sedar akan pentingnya usaha yang dilakukan itu.

Tags / Kata Kunci: Zed Zaidi , Seniman , Switch Off'14

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan