Fahrin Ahmad Sedar Popularitinya Bersifat Sementara

Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 12:31 AM

Fahrin menganggap populariti diraihnya menerusi siri berkenaan hanya bersifat sementara.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon drama bersiri Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Fahrin Ahmad menganggap populariti diraihnya menerusi siri berkenaan hanya bersifat sementara dan kitaran biasa bagi mana-mana artis terlibat dalam karya yang mendapat perhatian luar biasa penonton.

Fahrin, 35, berkata, dia tidak terkejut jika namanya kembali suram selepas drama lakonan bersama Sara Ali siaran TV3 itu berakhir pada Isnin depan.

"Populariti menerusi lakonan dalam sesuatu drama itu bermusim sifatnya malah saya sudah beberapa kali mengalami situasi berkenaan.

"Pada tahap sekarang saya tidak begitu peduli atau terbawa-bawa dengan populariti yang diraih kerana saya tahu ia kitaran biasa dan penonton akan lupakan selepas muncul drama lain," katanya kepada mStar Online.

Fahrin ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai pengacara Anugerah Skrin 2014 bersama tujuh hos bersama di Sri Pentas, Bandar Utama di sini pada Isnin.

Tujuh artis lain yang bakal bersama Fahrin pada malam kemuncak itu nanti adalah Zul Ariffin, Amyra Rosli, Nabila Huda, Shukri Yahya, Tasha Shilla, Fiza Sabjahan dan Fara Fauzana.

ASK 2014 bakal berlangsung pada 7 November depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada pukul 8 malam.

Fahrin bakal bertindak sebagai hos Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26) dan Anugerah Skrin 2014 (ASk 2014)

Dalam pada itu, Fahrin berkata, artis-artis baharu sepatutnya tidak hanyut dengan populariti yang diraih menerusi lakonan mereka kerana ia hanya bersifat sementara.

Sebaliknya kata Fahrin, mereka seharusnya menggunakan peluang tersebut untuk lebih bijak merancang strategi bagi membolehkan karier mereka kekal lebih lama ditambah dengan persaingan semakin sengit dalam industri lakonan.

"Kadang-kadang ada di antara mereka ini terus lupa objektif asal menjadi pelakon dan membiarkan diri mereka hanyut dengan pujaan peminat yang pada pengalaman saya tidak kekal lama.

"Malah ada yang tersalah langkah sehingga nama mereka terjerumus dalam gosip dan kontroversi yang akhirnya memusnahkan karier mereka sendiri," jelasnya.

Sementara itu, Fahrin berkata, pemilihannya sebagai hos utama ASK 2014 adalah satu cabaran besar kerana seminggu sebelum itu dia diamanahkan untuk mengemudi Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26) bersama aktres Nur Fazura.

Jelas Fahrin, dia kini sedang sibuk membuat persiapan untuk kedua-dua acara itu yang memerlukan pendekatan berbeza namun dia yakin dapat melunaskan tugas diberikan kepadanya.

"Jika diikutkan memang gementar tetapi pada tahap ini saya tiada masa untuk berperasaan sedemikian kerana sibuk memberikan perhatian untuk mengacarakan dua anugerah berprestij itu.

"Sepatutnya FFM 26 berlangsung lebih awal tetapi ia ditangguhkan kepada tarikh 1 November dan saya berharap dapat melaksanakan tugas diberikan dengan baik nanti," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Fahrin Ahmad , ASK 2014.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan