Pelakon Tempatan, Miller Semakin Berjaya Di Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 12:30 PM

Miller mengakui kehidupannya kini jauh lebih selesa berbanding sebelum ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon yang membina nama di Indonesia, Miller berjaya mengumpul beberapa aset seperti rumah dan tanah sejak lapan tahun menceburi bidang seni lakonan di negara itu.

Miller atau nama sebenarnya Mohamad Suhaimi Ali Dad Khan berkata, kehidupannya kini jauh lebih selesa berbanding sebelum ini dan menyifatkan ia sebagai rezeki buatnya dan keluarga.

"Saya tidak sangka mampu bertahan sehingga kini dalam industri hiburan Indonesia apatah lagi saingannya hebat-hebat.

"Dan bukan senang untuk kekalkan nama setaraf dengan pelakon-pelakon, perlu kerja keras tanpa mengira waktu.

"Tetapi berbaloilah kerana sekarang saya mampu memiliki aset sendiri seperti rumah, tanah serta kereta," katanya kepada mStar Online.

Tambah Miller, ketika di awal pembabitannya sebagai pelakon di negara itu, dia mengalami beberapa kesukaran termasuklah daripada segi pertuturan.

Dia juga nyaris putus asa kerana sering dimaki pengarah kerana pertuturan bahasa yang tidak betul.

Miller

Sementara itu, buat pertama kalinya Miller menerima tawaran berlakon di Malaysia menerusi drama Satu Hari Di Sarajevo bersama aktor Remy Ishak untuk siaran TV9.

Kata adik kepada aktres Sabrina Ali itu, dia mengambil peluang menerima tawaran berlakon drama tersebut bagi mencuba nasib dalam industri seni tempatan pula.

"Dulu saya pernah mendapat tawaran berlakon di Malaysia tetapi jadual saya begitu padat dengan penggambaran sinetron.

"Kebetulan pula ketika menerima tawaran daripada pihak produksi, saya tiada sebarang kerja. Jadi terus saya mengambil peluang itu.

"Bagaimanapun fokus saya masih terhadap lakonan di Indonesia dan sekiranya ada kerja lakonan di sini, saya terima, lebih-lebih lagi jika mendapat watak aksi. Saya sukakan filem aksi di sini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Miller bakal memulkan penggambaran sinetron Jilbab In Love dalam masa terdekat ini.

Tags / Kata Kunci: Miller

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan