Gosip Cinta Fauzi Nawawi & Miera Leyana Lukakan Hati Lisdawati

Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2014 12:33 AM

Fauzi Nawawi sering digosipkan dengan ramai selebriti wanita meskipun sudah berkahwin dan mempunyai enam orang anak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Fauzi Nawawi terkilan dengan khabar angin mengenai hubungan mesranya dengan aktres Miera Leyana sehingga ia menggores perasaan isterinya, Lisdawati, 36.

Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 41, memberitahu dia tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan mesra dengan Miera apatah lagi pelakon itu jauh lebih muda daripadanya.

"Beza umur kami 20 tahun dan saya percaya  dia mempunyai lebih ramai pilihan selain saya. Gosip ini sememangnya mengarut. Ia telah membuatkan perasaan isteri saya terluka.

"Sebelum ini saya pernah bercakap; 'Bertuah sangat kalau Leyana tu nak bagi pegang tangan' pada sebuah majlis dan ia mungkin telah disalahertikan. Malangnya timbul cerita lain pula konon saya dilihat berpimpinan tangan dengan Miera seperti pasangan kekasih," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.

Fauzi diminta mengulas laporan sebuah akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok yang melaporkan Fauzi dan Miera sedang bermain cinta dalam diam meskipun aktor itu sudah mempunyai isteri dan tujuh orang anak.

Miera Leyana


Fauzi dan Miera dilihat berpegangan tangan seperti pasangan kekasih ketika keluar sebuah majlis.

Sementara itu, Fauzi berkata, meskipun dia sudah lali dengan gosip seperti itu, namun dia bersimpati terhadap Miera memandangkan aktres itu baru saja ingin membina nama dalam industri hiburan tempatan apatah lagi Miera turut berdepan dengan konroversi berbikini menerusi filem Dendam Orang Mati.

"Macam saya... sudah 'kebal' dengan gosip seperti ini. Datanglah macam mana sekalipun kontroversi itu, Insya-Allah saya boleh terimanya dan keluarga saya utamakan dahulu.

"Tetapi kasihanlah pada dia (Miera). Baru nak cipta nama, gosip dah macam-macam. Bagaimanapun saya harap gosip ini tidak akan menjejaskan filem lakonan saya, Kelibat  yang bakal ditayangkan 6 November ini," ujarnya.

Fauzi mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Hainal Fatiha, 18, Fariz Hazwan, 17, Hana Farisha, 15, dan Fikri Hakimi, 12, hasil perkahwinannya terdahulu.

Manakala hasil perkahwinannya dengan Lisdawati, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nor Aini Farhana, 5, dan Nor Aina Fazneesya, 4 dan Ahmad Nur Fyrdaus yang berusia empat bulan.

Tags / Kata Kunci: Fauzi Nawawi , Miera Leyana

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan