Jurey Lapor Polis Difitnah Penulis Blog

Diterbitkan: Sabtu, 18 Oktober 2014 12:32 AM

Jurey (tiga dari kiri) bersama peguamnya, Jefree Zain (kiri) ditemani beberapa penggiat seni membuat laporan polis terhadap tiga penulis blog yang memfitnahnya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden, Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli  membuat laporan polis terhadap tiga penulis blog yang mengeluarkan kenyataan fitnah berhubung kempen 'Switch Off' 14' yang bakal diadakan pada 21 Oktober ini.

Laporan di buat di Balai Polis Dang Wangi dekat sini pada petang Jumaat.

Jurey, berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh penulis blog itu turut menyentuh perkara peribadinya yang jelas tidak benar dan mampu menjejaskan kredibilitinya sebagai presiden persatuan seni.

"Nampaknya ada pihak yang tidak senang dengan kempen berkenaan dengan menulis dalam blog mereka bahawa tindakan kami ini adalah salah dan cuba memburuk-burukkan imej kerajaan.

"Malah serangan peribadi dan fitnah turut dilemparkan kepada saya dengan niat mahu menjejaskan imej saya sebagai presiden Gafim dan atas nasihat peguam saya dan beberapa ahli lain membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Jumaat.

Jurey memberitahu pihaknya yang diwakili peguam Jefree Zain akan membuat permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti pemilik blog berkenaan dan memberikan amaran berhubung perkara itu.

Dalam pada itu, Jurey berkata, pihaknya tidak berhasrat untuk mengalah dalam meneruskan kempen "Switch Off'14" dan akan meneruskan sidang media yang dijadualkan berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru dekat sini.

Jelas Jurey, kempen itu diadakan untuk mereka menghantar memorandum kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia agar pihak berkenaan memberi perhatian serius terhadap isu-isu industri perfileman dan televisyen di negara ini.

"Penekanan memorandum ini adalah untuk memohon kepada kementerian mewujudkan Akta Kandungan Industi Kreatif bagi memberi perhatian terhadap isu pelarasan harga belian kandungan televisyen serta pengagihan slot yang lebih adil.

"Selain itu kita juga turut memohon beberapa lagi perkara yang secara dasarnya adalah untuk kepentingan industri dan pekerja-pekerja produksi," ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freedie Fernandez yang tidak menyokong kempen itu selain menganggap ia tidak bermanfaat, Jurey berkata, Freddie membuat kenyataan tersebut kerana tidak mengetahui objektif sebenar  "Switch Off'14".

"Saya ingin menjemput beliau hadir pada sidang media itu nanti agar dapat kami jelaskan tentang tujuan sebenar kempen itu dibuat," katanya.

PFM Tidak Terlibat Kempen "Switch Off'14"

Dalam perkembangan sama, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mengambil pendekatan sama seperti persatuan Karyawan untuk tidak terlibat dengan kempen berkenaan.

PFM menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pansha dalam kenyataan medianya lewat malam Jumaat berkata, pihaknya sedar ada beberapa isu tidak boleh diselesaikan dengan melakukan demonstrasi tetapi perlu dilakukan di meja rundingan.

"PFM tidak ingin menjadi tin kosong malah ingin menjadi sebuah persatuan yang bertanggungjawab dan relevan," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Jurey Latiff , Gafim

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan