Fattah Amin Tidak Tumpang Populariti Kekasih Sendiri

Diterbitkan: Sabtu, 18 Oktober 2014 12:31 AM

Fattah Amin bersama kekasihnya Sherry Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Fattah Amin tidak pernah menumpang populariti aktres Sherry Ibrahim ekoran hubungan rapat mereka yang hebat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 24, berkata, dia ikhlas berkawan dengan Sherry malah menyenangi wanita tersebut dan cakap-cakap dia cuba meraih perhatian adalah tidak benar.

"Persoalan saya tumpang popularitinya tidak wujud kerana saya tidak rasa saya cuba mengambil kesempatan dengan berbuat demikian.

"Malah cerita keakraban kami tidak memberi kesan kepada kerjaya saya kerana setakat ini tiada apa yang luar biasa," katanya kepada mStar Online.

Fattah ditemui pada majlis pertunjukkan fesyen Rafflesia bersempena sambutan Hari Deepavali di Hotel Park Royal di sini pada Jumaat.

Turut sama memeriahkan acara itu ialah Miera Leyana, Nur Fathia, Jasmine Michael, Kavitha Thiagarajan dan Chris Tong.

Mereka  hadir dengan busana tradisional masyarakat India rekaan Avalon.

Turut sama hadir pada acara itu adalah Pengarah Urusan Rafflesia, Winnie Sin.

Dalam pada itu, Fattah berkata, setakat ini hubungannya dengan Sherry, masih diperingkat mengenali hati buding masing-masing dan belum ke tahap serius.

Jelas Fattah, biarpun mereka mempunyai jurang usia berbeza namun dia amat menyenangi sikap matang dan ramah Sherry.

"Sebelum ini saya tidak pernah rapat dengan mana-mana artis wanita tetapi sikap Sherry yang tidak sombong dan suka membantu membuatkan saya selesa berkawan dengannya.

"Bagaimanapun masih terlalu awal untuk bercakap soal cinta kerana buat masa ini kami masih dalam peringkat berkawan," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Fattah  sedang dalam proses penggambaran drama bersiri terbaharunya berjudul Bencinta disamping aktres Nur Fathia terbitan Zeel Productions.

Tags / Kata Kunci: Fattah , Sherry Ibrahim

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan