'Switch Off'14' Tidak Beri Manfaat - Karyawan

Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2014 12:31 AM

Datuk Freddie Fernandez

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) mengambil pendirian untuk  tidak menyokong kempen 'Switch Off'14 anjuran beberapa penggiat industri seni tempatan yang akan diadakan pada 21 Oktober ini.

Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, kempen tersebut disifatkan sebagai terlalu negatif yang tidak akan membawa hasil kepada mana-mana pihak.

"Nampaknya mereka (penggiat yang terlibat) ingin mensensasikan sesebuah perkara untuk mendapat perhatian tanpa memikirkan kesan dan imej negatif yang dibawa kepada semua penggiat filem.

"Saya berharap penggiat filem tempatan tidak menyokong usaha negatif berkenaan yang tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada industri hiburan.

"Sebaliknya ia menunjukkan betapa ceteknya pemikiran beberapa pemimpin dalam industri yang tidak mampu menyelesaikan masalah industri dengan cara professional," katanya kepada mStar Online.

Beberapa persatuan seni di bawah Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) mengesahkan akan mengadakan kempen dikenali "Switch Off'14" untuk menghantar memorandum kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia agar pihak berkenaan memberi perhatian serius terhadap isu-isu industri perfileman dan televisyen di negara ini.

Kempen berkenaan bakal di adalakan di Kelab Sultan Sulaiman, Dataran Merdeka dekat sini.

Antara penekanan memorandum tersebut adalah permohonan mewujudkan Akta Industri Kandungan Kreatif bagi memberi perhatian terhadap isu pelarasan harga belian kandungan televisyen serta pengagihan slot televisyen yang lebih adil.

Selain itu aspek pengecualian cukai bagi syarikat-syarikat yang melabur dalam penerbitan televisyen tempatan dan pembelian peralatan teknikal turut ditekankan.

Kandungan memorandum tersebut turut meminta pihak kerajaan agar peka terhadap aspek kebajikan yang melibatkan pelakon dan pekerja dalam industri filem seperti skim insuran khusus atau tabung kebajikan.

Sementara itu, Freddie turut berasa pelik kerana kandungan memorandum berkenaan mempertikaikan pembayaran gaji kru-kru produksi yang tidak berpatutan sedangkan masalah itu perlu diselesaikan menerusi rundingan antara penerbit-penerbit filem dan bukan pihak kerajaan.

"Jika pembayaran kepada kru filem tidak berpatutan dan terlalu rendah mereka harus mengadakan rundingan dengan penerbit untuk menetapkan kadar bayaran yang adil dan saksama.

"Tetapi ironinya ialah penerbit sendiri yang menjadi penganjur kempen ini. Kenapa mereka tidak menyeru semua penerbit menaikkan bayaran kepada pihak kru? Sebelum ini persatuan yang mewakili kru pun tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau aduan tentang perkara ini,” ujarnya.

Tambah Freddie, pihaknya telah mengambil langkah memperbaiki keadaan tersebut  dengan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Penerbit Filem (PFM) dan telah mewujudkan draf Kontrak Standard untuk penggiat industri yang akan berkuatkuasa dalam masa terdekat ini.

Selain itu Karyawan juga telah mewujudkan portal artistexchange.com.my untuk membantu penggiat industri mencari pekerjaan.

Tags / Kata Kunci: Karyawan , Gafim , Freddie Fernandez

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan