Artis Popular Bakal Jayakan Karnival Amal OMG Fest

Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2014 12:30 AM

Dari kanan,Lieza Baharun bersama Abdul Muiz Sharfuddin dan Hazrul Anuar Abdul Hamid pada majlis sidang media OMGFEST. Foto SHAARI CHE MAT

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seramai 10 orang selebriti terkenal bakal menjayakan Karnival OMG Fest! yang akan berlangsung di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort & Convention Center, di sini, pada 22 hingga 24 Oktober ini.

Selain barisan artis, kira-kira 100 peniaga lain turut terlibat dalam acara bagi mengutip dana untuk disalurkan ke Tabung Gaza.

Karnival itu dibuka dari pukul 10 pagi hingga 9 malam.

Antara barisan artis yang bakal terlibat ialah Nora Danish, Mawar Rashid, Catriona Ross, Aida Khalida, Arja Lee, Bienda, Adam dan Afdlin Shauki.

Sementara itu, pengurus OMG Fest!, Lieza Baharom berkata, penganjuran kali keempat ini bertujuan memberi peluang kepada peniaga dalam talian (online) untuk berniaga sambil membantu mengumpul dana membantu kesengsaraan rakyat Palestin.

Katanya, selain membeli-belah para pengunjung juga boleh berbakti dengan menyumbang terus ke Tabung Gaza yang disediakan.

"Penganjuran kali keempat ini lebih panjang iaitu tiga hari berbanding sebelum ini kita buat sehari atau dua hari sahaja.

"Peniaga-peniaga online dapat mempamerkan barangan mereka terus kepada pengunjung, manakala pengunjung yang datang bukan sahaja dapat bertemu artis, malah melihat dan membuat tawar-menawar sesuatu produk yang dijual.

"Semua orang boleh menyumbang sama ada melalui pembelian barangan yang dijual ataupun menghulurkan terus ke tabung yang kami sediakan," ujarnya kepada mStar Online.

Tambahnya, setiap lima peratus hasil jualan akan disalurkan terus kepada tabung kemanusiaan itu seperti yang dilakukan sebelum ini.

Dalam pada itu, Lieza turut berkata, mereka berbesar hati apabila pelakon yang mempunyai pengikut tertinggi di laman Instagram iaitu Nora Danish bersetuju untuk hadir memeriahkan karnival tersebut.

"Nora Danish akan hadir pada salah satu tarikh tersebut bersama produk Sure White kerana dia merupakan duta kepada produk makanan tambahan itu.

"Selain itu, kita masih menunggu persetujuan beberapa orang artis lagi, namun kali ini hanya 10 gerai sahaja diperuntukkan untuk artis," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Kena Kacau Selepas Kerap 'Solek Hantu'

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan