Raja Azmi Kecewa UIAM Larang Sertai Dialog Kerana Novel Seks - Berita Hiburan | mStar

Raja Azmi Kecewa UIAM Larang Sertai Dialog Kerana Novel Seks

Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 12:33 AM

Raja Azmi

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman kesal apabila penganjur hari terbuka Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan  menggugurkan namanya  menyertai dialog  di pusat pengajian itu pada Sabtu ini kerana ‘novel seks’.

Raja Azmi, 55,  berkata, alasan yang diberikan ialah, dia pernah menulis novel yang  mengandungi fantasi seks melampau sedangkan dia hanya mahu mempromosikan novel terbaharu iaitu Karkuma.

"Saya terkejut apabila pertemuan bersama pelajar-pelajar UIAM Kuantan dibatalkan hanya kerana mereka baru saja membuat kajian pada salah satu novel saya yang diharamkan pada tahun 2001 iaitu Cinta 100 Ela.

"Sedangkan dalam pertemuan bersama pelajar, saya akan mempromosikan novel terbaru saya, Karkuma yang tiada kaitan dengan seks. Apakah mereka kurang membuat kajian tentang hasil karya novel terbaru saya? 

Raja Azmi Raja Sulaiman


"Adakah mereka tidak tahu bahawa saya pernah menghasilkan buku-buku ajaran solat kanak-kanak, komik Anak-Anak Sidek, novel politik," katanya yang menghubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Bagaimanapun, beritahu Raja Azmi, dia tetap akan meneruskan promosi novel Karkuma dengan membuat pertemuan bersama pelajar-pelajar di Kolej Matrikulasi Labuan pada Ahad ini.

"Saya akan membuat sesi dialog bersama pelajar-pelajar di sana selain promosi Karkuma, mereka juga berpeluang untuk bertanya sebarang perkara mengenai hal-hal penulisan novel serta dunia seni perfileman," ujarnya lagi.

Sementara itu, Raja Azmi berkata, dia bersama pihak penerbit Karkuma iaitu Merpati Jingga juga memberi ruang kepada mana-mana kampus Institut Pengajian Tinggi  yang mahu mengadakan sesi dialog bersama mereka.
Tags / Kata Kunci: Raja Azmi , Cinta 100 Ela , Karkuma
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan