Artis Kontroversi Dilarang Terlibat Dalam Drama Stesen MPB

Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 12:31 AM

Ahmad Izham Omar ketika sesi previu rancangan-rancangan televisyen terbitan Media Prima bagi siaran 2015.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon tempatan yang terpalit dengan pelbagai kontroversi bakal menerima padah apabila Rangkaian Televisyen Media Prima  memutuskan tidak menawarkan mereka berlakon bawah produk stesen televisyen itu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, ia disebabkan kontroversi yang menjejaskan nama seseorang artis itu boleh mempengaruhi rating penonton.

"Saya tahu ada ramai artis mengadu tentang perkara ini. Tetapi perlu diingat pihak stesen televisyen 'hidup' berdasarkan iklan.

"Sekiranya seseorang artis itu bermasalah dan peminat pun tidak suka, ia boleh menjejaskan rating penonton. Apabila perkara itu berlaku, pihak kami pula sukar mendapat iklan," katanya kepada mStar Online.

Ahmad Izham ditemui pada majlis pra tonton program-program rangkaian televisyen itu bagi siaran 2015 di Balai Berita NSTP, Bangsar di sini pada Rabu.

Ahmad Izham Omar


Bagaimanapun tambah beliau, walaupun tanpa kontroversi, para pelakon juga perlu menambah baik bakat lakonan masing-masing untuk bersaing dengan pelakon-pelakon baharu dan yang sedia ada.

Sementara itu, lebih daripada 100 program baharu tempatan dan antarabangsa  akan disiarkan di empat saluran rangkaian televisyen berkenaan iaitu TV3, ntv7, TV9 dan 8TV.

"Selepas melakukan penyelidikan dan percubaan, kami telah mencipta kandungan yang sesuai untuk memenuhi keperluan penonton.

"Alhamdulillah, banyak program baru memberi kelainan tersendiri dalam menarik lebih ramai penonton menyakiskan empat saluran kami," ujarnya.

TV3 akan memperkenalkan drama-drama baharu antaranya Lari Mira, Keluarga Pontimau dan Travelling Beruang.

Manakala ntv7 pula bakal menyiarkan program seperti Ejector Seat, I Am Not The Queen dan Bet On Your Baby.

Selain itu saluran 8TV bakal menyajikan drama-drama aksi berbahasa Cina seperti Female Assassins In Palace, Flying Swords Of Dragon Gate dan Romance Of The Condor Heroea.

Bagi saluran TV9 pula  drama Dunia Generasi Baru, Awek Chuck Taylor, Launch Pad dan Jangan Gelak  akan disiarkan.


Tags / Kata Kunci: Ahmad Izham Omar , Media Prima

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan