Pendakwa Raya Perlu Lebih Masa Kemuka Laporan Forensik Kes Pukul Awie

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 11:38 AM

Awie didakwa mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun pada 2 Jun lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwa raya kes penyanyi Awie yang didakwa mencederakan isterinya, Rozana Misbun, mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Rabu supaya diberi lebih masa untuk melengkapkan dokumen berhubung laporan forensik kes tersebut.

Timbalan pendakwaraya, Goh Ai Rene memberitahu mahkamah, pihaknya perlu membuat beberapa penambahan pada dokumen sedia ada bagi menyokong kes tersebut.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan 4 November depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Awie turut hadir pada prosiding berkenaan dan diwakili peguam Hazman Harun dan Aimizaizul Amran.

Mengikut pertuduhan, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang di sini.

Jika sabit kesalahan penyanyi itu boleh dihukum mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaaan.

Awie dan Rozana, 36, dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005.

Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998 sebelum bercerai pada Oktober 2006.

Tags / Kata Kunci: Awie , Rozana Misbun.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan