Finas Kesal Persatuan Seni Gagal Sokong FFM 26

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 12:31 AM

Antara individu yang terlibat dalam Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26).

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Pengarah projek, Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26), Mohd Zulkifli Ab. Wahab meluahkan rasa kesal terhadap persatuan-persatuan seni di negara ini yang bersikap dingin untuk memberikan kerjasama dalam menjayakan acara tahunan festival itu.

Zulkifli yang juga Pengarah Pembangunan Industri, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berkata, sepatutnya 15 persatuan memberi kerjasama dalam melakukan persiapan FFM 26, tetapi hanya beberapa sahaja yang terlibat.

"Festival ini adalah bagi meraikan para seniman negara ini tetapi sayang sekali tidak semua persatuan seni melibatkan diri dalam menjayakan acara ini.

"Pihak kami tidak pasti sebab apa mereka enggan hadir memberi kerjasama sedangkan sepanjang empat kali perjumpaan, kami menghantar surat menjemput mereka bersama-sama menyertai kami," katanya kepada mStar Online.

Zulkifli ditemui pada majlis pengumuman tarikh dan lokasi FFM 26 di Hotel Empire Subang, di sini pada Selasa.

mStar Default Image
Pemangku Ketua Pengarah Finas, Dr Megat Al-Imran Yasin (kiri) dan Datuk Yusof Haslam bergambar bersama trofi FFM 26.

Hadir sama Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia, Datuk Yusof Haslam, Pemangku Ketua Pengarah Finas, Dr Megat Al-Imran Yasin, Presiden Persatuan Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad.

Dalam pada itu Zulkifli berharap agar perkara tersebut tidak akan berulang pada penganjuran masa depan di mana kesemua persatuan perlu bersatu memberi kerjasama menjayakan acara berprestij itu.

Sementara itu, FFM 26 bakal dianjurkan pada 1 November  depan di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, Negeri Sembilan.

Ia bakal disiarkan menerusi saluran Astro Ria pada pukul 8.30 malam.

Kata Zulkifli, ini merupakan penganjuran pertama FFM 26 di Negeri Sembilan bagi memberi kelainan pada acara tersebut.

"Pihak kami mahu masyarakat di negeri lain turut merasakan bahang FFM 26.

"Mungkin pihak kami akan mengambil elemen budaya Negeri Sembilan dalam tema penganjuran festival ini iaitu Transformasi Sinema Malaysia," ujarnya.

Malam kemuncak FFM 26 bakal dikendalikan oleh dua selebriti popular iaitu Fahrin Ahmad dan Fazura dengan beberapa persembahan daripada penyanyi seperti Datuk M.Nasir, Mamat Khalid, Adira, Tomok, Hafiz Suip, Misha Omar dan Awie.

Dalam pada itu, Malam Perasmian FFM 26 akan diadakan pada 26 Oktober ini di Hotel Empire Subang menyaksikan 11 kategori yang dipertandingkan.

Tags / Kata Kunci: Finas , FFM 26

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan