Primeworks Studios Lancar Katalog Kandungan Program Di MIPCOM

Diterbitkan: Ahad, 12 Oktober 2014 12:20 AM

Ahmad Izham Omar

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat produksi Primeworks Studios bakal melancarkan katalog kandungan program di Pameran Perdagangan Audio Visual Dunia 2014 (MIPCOM2014) di Cannes, Perancis, bermula Isnin (esok).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Ahmad Izham Omar, katalog tersebut merangkumi program-program berjumlah lebih 400 jam menerusi tujuh  kategori berbeza yang melambangkan fokus Asian Stories for the World.

"Kami amat teruja untuk berkongsi program-program kami bersama penonton seluruh dunia.

"Tambah pula, topik-topik dalam produksi kami pastinya akan menarik perhatian pihak antarabangsa, manakala genre dan cara penyampaian yang pelbagai dapat memastikan kandungan-kandungan program kami kekal relevan kepada badan-badan penyiaran antarabangsa.” katanya.

Tujuh kategori tersebut adalah Asian Taste, Modern Urban Asia, Islamic Asia, Asian Culture And Beliefs, Format Programming, Asian Movies dan Asian Channels.

Antara program-program yang dilancarkan termasuklah Dapur Nyonya, Welcome to the Rail World, Journey into Islamic Russia, Masjid ke Masjid, Majalah 3, Versus dan Switch Off.

Katalog kandungan program tersebut akan dipaparkan menerusi booth Primeworks Studios  di Pavilion Malaysia Dewan 1 MIPCOM, Palais des Festivals.

Salinan digital katalog kandungan itu boleh diakses melalui lawan web syarikat produksi tersebut di www.primeworks.com.my/catalogue.

Tags / Kata Kunci: Primeworks , MIPCOM

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan