5,000 Pengunjung Meriahkan Bananana! Hari Kantin 2014

Diterbitkan: Ahad, 12 Oktober 2014 12:25 AM

Sherina Nordin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kira-kira 5,000 pengunjung memenuhi perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama di sini bagi memeriahkan acara Bananana! Hari Kantin 2014 yang berlangsung pada Sabtu.

Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9, Sherina Nordin, berkata, kebanyakannya yang hadir terdiri daripada ibu bapa bersama anak-anak masing-masing bagi menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.

"Pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti perbarisan maskot, persembahan nyanyian, tayangan drama cereka serta lawatan ke studio-studio kami.



"Ini merupakan anjuran kali kedua dan tidak sangka respons yang diterima begitu baik," katanya kepada mStar Online.

Tambah Sherina, selain itu, dia juga gembira kerana objektif pihaknya yang ingin memupuk semangat keusahawanan terhadap kanak-kanak sekolah juga berjaya apabila sebanyak 13 buah sekolah sekitar Lembah Klang terlibat dengan perniagaan secara kecil-kecilan pada acara itu.

"Kami kagum dengan kesungguhan kanak-kanak dalam mengendalikan gerai-gerai bagi menjayakan kempen ini.

"Bagi menaikkan semangat mereka, pihak kami telah menyediakan sebanyak RM1,000 sebagai modal untuk mereka berniaga.



"Bukan itu sahaja, malah mereka turut diajar cara mempromosikan setiap barangan yang dijual untuk menarik perhatian orang ramai yang hadir untuk membeli barangan masing-masing," ujarnya.

Pada acara yang dianjurkan oleh Media Prima Berhad itu, siri animasi Puteri terbitan Les' Copaque Production turut dilancarkan.

Ia bakal bersiaran di TV3 bermula 23 November depan setiap Ahad, pukul 6 petang.

Antara selebriti yang hadir ialah Eina Azman, Hefni Sahad, Nad Zainal, Sara Ali dan Amy Mastura.

Tags / Kata Kunci: Bananana! Hari Kantin 2014

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan