Ahli Keluarga Mahu Jaga Anak Linda Hashim

Diterbitkan: Sabtu, 11 Oktober 2014 12:30 AM

Majlis cukur jambul dan akikah anak sulungnya Jelita Clarissa pada malam Isnin lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Linda Hashim berasa lega apabila ramai ahli keluarga yang menawarkan diri untuk menjaga anak sulungnya Jelita Clarissa, 5 bulan, apabila dia memilih untuk aktif semula dalam dunia lakonan.

Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 30, berkata, dia yang akan menerima tawaran bermula bulan depan mengakui tidak mahu menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada orang luar yang kurang dikenalinya.

"Saya akan kembali semula berlakon selepas umur Jelita enam bulan dan Alhamdulillah tentang penjagaan dia ramai ahli keluarga yang tawarkan untuk menjaganya. Kakak saya dan atuk saudara saya sudah beritahu awal-awal mahu menjaga dia, malah ibu Beego juga sanggup datang ke Kuala Lumpur untuk menjaganya jika saya ada penggambaran.

"Kalau boleh memang saya tidak mahu hantar ke pusat penjagaan kerana takut dengan berita-berita yang sering berlaku tentang keselamatan bayi di bawah jagaan orang lain," ujarnya kepada mStar Online.

Majlis cukur jambul yang dirancang pada Aidilfitri terpaksa ditunda pada Aidiladha atas sebab tertentu. 

Isteri kepada pelakon Beego itu berkata, bayi perempuannya itu tidak mempunyai masalah untuk tinggal bersama ahli keluarganya yang sudah biasa dengannya.

Bagaimanapun, Linda dalam proses untuk mengajar Jelita minum susu formula menggunakan botol bagi menggantikan susu badan.

Saya rasa Jelita boleh tinggal dengan mereka kerana dia jenis yang tidak takut orang terutama ahli keluarga kami, namun buat masa ini saya sedang ajar dia minum menggunakan botol susu," ujarnya.

Sementara itu, sebuah majlis cukur jambul dan akikah Jelita telah diadakan di kediaman mertuanya di Johor Bahru, pada malam Isnin lalu.

Tambah Linda, majlis yang dihadiri keluarga sebelah Beego itu sudah dirancang pada Hari Raya Aidilfitri lalu tetapi terpaksa ditunda pada Hari Raya Aidiladha atas sebab tertentu.

"Kami memang merancang untuk mengadakan majlis ini di Johor Bahru kerana jarang dapat berjumpa dengan keluarga belah sini, kalau di Kuala Lumpur sudah selalu," katanya.
Tags / Kata Kunci: Linda Hashim , Beego

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan