Farhan Azizan Sah Bergelar Isteri Dengan Sekali Lafaz

Diterbitkan: Jumaat, 10 Oktober 2014 11:04 AM

Farhan dan Ahmad Rashadan melahirkan rasa syukur mereka selamat disatukan. FOTO: Low Boon Tat

(Ubah saiz teks)

BANGI: Penyanyi dan bekas peserta program Akademi Fantasia musim keempat iaitu Farhan Azizan selamat bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, dengan sekali lafaz.

Pasangan itu selamat diijab kabulkan kira-kira pukul 10.15 pagi di Masjid Al Hasanah, di sini pada Jummat.

Farhan, 30, diwalikan oleh bapanya, Azizan Mohd Khir manakala pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Yusof.

Ceria wajah pengantin.

Ahmad Rashadan turut menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM300 namun merahsiakan jumlah wang hantaran.

Selain sebentuk cincin dan mas kahwin, pihak lelaki turut memberikan hantaran barangan seperti set penjagaan wajah, wangian, telekung, senaskah Al Quran, jam tangan.

Manakala pihak pengantin perempuan membalas sembilan dulang berupa sebentuk cincin, sirih junjung, kelengkapan solat, seutas jam tangan, bunga rampai, manisan, buah-buahan, sejadah dan coklat.

Farhan dan Ahmad Rashadan ketika ditemui melahirkan rasa syukur mereka selamat disatukan.

"Selepas lapan tahun kami menyulam cinta dengan pelbagai dugaan akhirnya kami selamat bersatu sebagai suami isteri.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan hari ini merupakan hari paling bahagia," kata Farhan.


Pasangan ini terdahulu mengikat tali pertunangan pada Februari 2012 selepas lapan tahun menyulam cinta.

Majlis resepsi pasangan itu akan berlangsung pada sebelah malam Jumaat di Dewan Seri Endon, Putrajaya.

Dianggarkan seramai 700 tetamu bakal hadir pada majlis tersebut.
Tags / Kata Kunci: Farhan Azizan

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan