Perlawanan Bola Superlawak FC Di Sabah Tangguh Akibat Banjir

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 12:32 AM

Barisan pemain Superlawak FC.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Program Jelajah Malaysia Superlawak FC 2014 yang bakal menentang pemain bola sepak Legenda Veteran Sabah di Stadium Likas,  pada Ahad ini terpaksa ditangguhkan pada 2 November depan akibat faktor cuaca.

Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani, berkata, penangguhan itu disebabkan hujan lebat dan banjir kilat yang berlaku di negeri itu.

"Selepas mengambil kira faktor bencana alam yang terjadi di negeri tersebut perlawaan bola sepak Superlawak FC 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 12 Oktober ini terpaksa ditangguhkan ke 2 November depan.

"Perubahan monsun telah menyebabkan bandar Likas mengalami hujan setiap hari dan menyebabkan banjir kilat. Pihak kami turut prihatin dengan kejadian yang tidak diduga itu," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Nizam berkata, perlawanan bagi negeri-negeri lain masih kekal seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Sementara itu, pihak Sony Music dalam satu kenyataan pada Rabu menjelaskan, siri jelajah yang pertama di Melaka dan Johor minggu lalu mendapat sambutan menggalakkan.

"Hampir 20,000 pengunjung membanjiri Stadium Hang Jebat, Melaka pada Sabtu lalu dan Stadium Pasir Gudang, Johor pada Ahad bagi menyaksikan pelawak dan artis kegemaran mereka beraksi di padang.

"Kebanyakkan penonton sudah datang ke stadium seawal 12 tengah hari bagi mendapatkan tiket masuk dan menyaksikan persembahan artis yang bermula seawal 4 petang," ujarnya.

Pasukan Superlawak FC yang disertai oleh pelawak terkenal dan selebriti tempatan menentang bekas pemain bola sepak negeri dalam program Jelajah Malaysia Superlawak FC 2014.

Superlawak FC turut disertai oleh Datuk AC Mizal, kumpulan Sepahtu, Bocey, Shiro, Johan, Emal, Jali, Along Cham, Atu, Akim Ahmad dan bekas pemain kebangsaan, Zainal Abidin Hassan.

Siri jelajah ini bermula pada 27 September lalu melibatkan beberapa lokasi antaranya di Stadium Hang Jebat, Melaka, Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang Johor (28 September), Stadium Darul Aman, Kedah (18 Oktober), Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak (19 Oktober) dan Stadium Negeri Kuching Sarawak (26 Oktober). 

Tags / Kata Kunci: Superlawak 2014

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan