Tiada Bahasa Kasar Dalam 'Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya'

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 12:31 AM

Barisan pelakon 'Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya'.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah drama iaitu Mamat Khalid tidak menganggap dialek beberapa negeri dalam  Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya  menggunakan bahasa kasar.

Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohd Khalid berkata, dialek filem itu merupakan bahasa pasar seharian yang digunakan oleh masyarakat kampung.

"Ia bukan kasar tetapi keras yang sering digunakan oleh masyarakat kampung, bagaimanapun ia tidak membawa maksud yang tidak baik.

"Kadang-kadang mereka bergurau menggunakan bahasa begitu, jangan risau kerana saya sudah teliti semua dialog dan perkataan dalam skrip drama ini," ujarnya kepada mStar Online, di sini, pada Rabu.

Mamat ditemui pada majlis tayangan drama televisyen Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya di sini pada Rabu.

Filem itu akan ditayangkan bermula 23 Oktober ini di Astro First Exclusive.

Filem televisyen tersebut merupakan kesinambungan daripada drama Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komenwel yang pernah disiarkan oleh sebuah stesen televisyen 16 tahun lalu.

Tambah Mamat, kebiasaannya dia akan meminta pendapat anak-anaknya terlebih dahulu tentang bahasa yang digunakan sama ada terlalu kasar ataupun tidak.

"Saya selalunya akan beri anak-anak saya tonton dahulu sesuatu filem itu, kalau mereka suka tentu tiada masalah dengan orang lain yang menontonnya," ujar Mamat.

Sementara itu, kata Mamat, cabaran utama filem itu adalah untuk memastikan karya tersebut masih releven dan diterima penonton.

Dia juga mencari isu yang bersesuaian dengan keadaan sekarang.

"Ketika drama Cik Kiah Ke Sukan Komenwel dulu banyak isu dan kritikan sosial yang dapat saya selitkan sebagai panduan bagaimanapun tujuan yang baik sering mendapat halangan.

"Kali ini saya mencari perkara yang rapat dengan masyarakat iaitu ibadah haji yang  dilakukan oleh umat Islam apabila orang yang ingin menunaikan ibadah tersebut menemui pelbagai halangan," katanya.

Karya itu menampilkan pelakon Delimawati, Imuda, Syuk Balas, Chacha Maembong dan Man Kadir.

Ia mula ditayangkan pada  23 Oktober ini dengan langganan sebanyak RM15 menerusi Astro First Exclusive.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan