AR Tompel Punca Saloma Derita Adalah Kisah Palsu

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 6:50 PM

Dari kiri; bekas isteri Allahyarham AR Tompel iaitu, Ruminah Sidek dan dua anaknya iaitu Adlin (tengah) serta AR Badul. Mereka hadir pada sidang media di Finas bagi menjelaskan telefilem Saloma siaran Astro First Eksklusif mengenai Allahyarham adalah tidak benar.

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Pelakon Adlin Aman Ramlie berkata lebih daripada 90 peratus watak bapanya, Allahyarham AR Tompel dalam telefilem biopik Saloma siaran Astro First Eksklusif adalah tidak benar termasuklah seniman itu digambarkan sebagai punca biduanita Saloma menderita.

Walaupun perjalanan hidup Allahyarham yang dipaparkan adalah fakta, Adlin menyifatkan cara interpretasi visual yang disampaikan pengarah Melissa Saila dan penulis skrip, Megat Fauzi adalah keterlaluan dan sebanyak 29 babak dalam telefilem itu lebih berunsur tohmahan.

"Memang benar, ayah saya berkahwin dengan Saloma dan memiliki seorang anak serta beberapa fakta lain dalam telefilem tersebut betul.

AR Tomplel

"Tetapi pengarah dan penulis skrip menterjemahkan watak ayah saya seolah-olah mengikut bayangan mereka sendiri dengan berpandukan kata satu sumber sahaja iaitu Mariani (kakak Saloma) tanpa bertanyakan kepada kami waris-waris Tompel.

"Ini membuatkan seolah-olah Tompel itu menjadi punca Saloma menderita. Lebih-lebih lagi menerusi satu babak yang menunjukkan Saloma terpaksa keluar rumah dengan keadaan sarat mengandung kerana Tompel tidak membayar sewa rumah, menunjukkan Allahyarham langsung tidak bertanggungjawab," katanya.

Adlin ditemui pada majlis sidang media khas yang dianjurkan keluarga dan waris AR Tompel di Perbadanan dan Kemajuan Nasional Filem Malaysia (Finas).

Kira-kira 30 orang waris seniman iti hadir pada sidang media tersebut termasuklah AR Badul, Amran Tompel serta dua isteri seniman itu, Ruminah Sidek dan Zaiton Ismail selain wakil peguam mereka, Azam & Co.

Telefilem yang diterbitkan oleh syarikat produksi Kus Semangat Aktor dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif bermula 28 Ogos lalu.

Ia menampilkan pelakon Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P. Ramlee), Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak).

Tambah Adlin, cara terjemahan visual pada babak Tompel menghembus asap rokok pada Saloma juga tidak patut dipaparkan kerana ia dilihat seperti Saloma 'diguna-guna' oleh Allahyarham.

Sementara itu, pada sidang media tersebut, keluarga berkenaan telah menghantar notis berbentuk tiga tuntutan kepada Astro iaitu meminta pihak penyiar berkenaan menghentikan serta merta siaran telefilem itu, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga AR Tompel dan membuat pertemuan bagi proses rundingan.

AR Badul pula berkata, selepas menghantar surat notis kepada Astro 26 September, pihaknya telah mendapat respons daripada pihak Astro pada Rabu (semalam).

"Sekarang ini kami mahu telefilem itu segera dihentikan dan tidak diulang tayang lagi. Bayangkan jika ia terus ditayangkan pada masa akan datang, apa pandangan generasi masa itu terhadap keluarga kami?

"Bagaimanapun kami tidak mahu membawa perkara ini sehingga timbulnya saman menyaman. 

"Tetapi kami sekeluarga sanggup berjuang sekiranya perlu menggunakan mahkamah untuk selesaikan perkara ini," tegasnya.

AR Tompel atau nama sebenarnya Aman Ramli Jaafar meninggal dunia pada 30 Januari 1973 selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya di Setapak, Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini.
Tags / Kata Kunci: AR Tompel , Adlin Aman Ramlie , AR Badul

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan