Melissa Saila Kunci Mulut Isu Burukkan AR Tompel Dalam Saloma

Diterbitkan: Rabu, 8 Oktober 2014 2:44 PM

Melissa mengambil pendekatan berdiam diri berhubung isu melibatkan filem arahannya, Saloma.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah drama Melissa Saila enggan memberikan sebarang respons terhadap rasa kesal pelakon Adlin Aman Ramlie yang mendakwa telefilem biopik berjudul Saloma arahannya memaparkan kisah berat sebelah bapa Adlin iaitu, Allahyarham AR Tompel selain terdapat banyak kesalahan fakta.

Melissa menerusi pesanan aplikasi WhatsApp kepada mStar Online pada Rabu secara ringkas memberitahu dia tidak mempunyai sebarang komen berhubung dakwaan tersebut.

"Maaf, saya tiada komen," katanya.


Adlin Aman Ramlie.

Terdahulu dalam laporan mStar Online menerusi artikel bertajuk 'Telefilem Saloma Papar Tohmahan Buruk Terhadap AR Tompel', Adlin berkata, telefilem itu memberi impak buruk kepada waris-waris AR Tompel dan peminat setia seniman itu.

Malah kata Adlin bapanya telah dieksploitasi oleh pihak penyiar, penulis, penerbit, pengarah dan pelakon dalam pelbagai nada prejudis malah berunsur kecaman yang telah mengaibkan sehingga mampu menjejaskan kredibiliti dan reputasinya.

Telefilem yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh telah disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif bermula 28 Ogos lalu.

Ia menampilkan pelakon Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P. Ramlee), Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak).



Pihaknya Adlin yang diwakili peguam dari Azam & Co telah pun mengambil tindakan awal menerusi penghantaran notis kepada Astro agar telefilem itu segera dihentikan.

Bagaimanapun tiada respons diberikan pihak berkenaan.

Satu sidang media akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada petang Khamis (esok) bagi mendapat liputan umum berkenaan isu tersebut.

Tags / Kata Kunci: Melissa Saila , Adlin Aman Ramlie , Saloma.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan