Kayda Rimas Terus Dibayangi Sheila Majid

Diterbitkan: Rabu, 8 Oktober 2014 12:33 AM

Kayda

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi rap yang juga anak kepada ratu jazz terkenal, Datuk Sheila Majid iaitu Kayda rimas apabila penglibatannya dalam industri hiburan sering dibayangi oleh populariti ibunya itu.

Kayda atau nama sebenarnya Wan Nur Khaleda, 23, berkata, dia sebolehnya mahu kehadirannya itu dinilai oleh bakat yang ada padanya dan bukan kerana dia adalah seorang anak bintang terkenal.

"Fakta bahawa saya anak kepada Sheila memang tidak boleh diubah dan saya sebagai anak bangga dengan segala pencapaiannya selama ini.

"Namun pada satu tahap perasaaan kecewa dan rimas itu timbul kerana kemunculan saya terusan dikaitkan dengan latar belakang keluarga dan membandingkan saya dengan ibu.

Kayda mendapat sokongan penuh daripada ibu dan bapanya untuk bergelar penyanyi rap.

"Tapi perasaan itu hanya bersifat sementara kerana ia sebenarnya lebih membuatkan saya bersemangat untuk membuktikan kebolehan diri supaya saya dapat keluar daripada terus dibayangi ibu saya," katanya kepada mStar Online.

Kayda ditemui pada sidang media pelancaran single duetnya bersama Hunny Madu berjudul Go Hard or Gostan dan Gucci Dowh secara digital di pejabat Warner Music Malaysia di sini, Selasa.

Pada majlis sama, Hunny dan Madu turut menandatangani perjanjian kerjasama dengan syarikat tersebut bagi mempromosikan dua single berkenaan yang turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Darren Choy.

Dalam pada itu, Kayda berkata, ibunya tidak pernah mempersoalkan minatnya yang cenderung kepada muzik Rap dan Hip Hop malah memberinya kebebasan dalam menentukan kerjaya muziknya.

Kata Kayda lagi, dia juga beruntung Sheila banyak memberinya nasihat berguna apabila dia memerlukannya tentang dunia hiburan namun meletakkan sepenuh kepercayaan untuknya membuat keputusan.

Persahabatan di antara Kayda dan Hunny memudahkan kerjasama terjalin di antara mereka.

"Bukan sahaja Ibu, bapa saya juga banyak memberi galakkan untuk terus fokus dalam memastikan kerjay yang saya pilih ini mampu bertahan lama.

"Mereka juga menghormati pilihan saya dengan tidak mencampuri urusan kerjaya saya tetapi tidak lokek memberikan nasihat dan ilmu supaya saya sentiasa berada dilandasan betul," jelasnya.

Bercakap mengenai kolaborasinya dengan Hunny Madu, Kayda berkata, kerjasama itu disifatkan sebagai mimpi menjadi kenyataan kerana mereka sudah mengenali antara satu sama lain sejak dia berusia 14 tahun.

"Tahun lalu idea untuk bekerjasama bagi menghasilkan muzik bersama-sama timbul dan tanpa disedari kami banyak menghasilkan banyak lagu bersama termasuk single Go Hard or Gostan.

"Setakat ini ada empat buah lagu yang kami tulis bersama malah berjaya menghasilkan sebuah 'Mix Tape' pada awal tahun ini tetapi hanya untuk pasaran indie sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Kayda berkata, dia mempunyai misi dalam meneruskan legasi penyanyi rap wanita yang sedia ada dan membawa genre tersebut ke tahap lebih tinggi.

Malah kata Kayda, dia juga turut memasang impian untuk berduet bersama ibunya suatu hari nanti.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan