Telefilem Saloma Papar Tohmahan Buruk Terhadap AR Tompel

Diterbitkan: Rabu, 8 Oktober 2014 12:35 AM

Nabila Huda (kiri) memegang watak Saloma bersama Azhan Rani (AR Tompel) dalam telefilem Saloma.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Adlin Aman Ramlie meluahkan rasa kesal apabila telefilem biopik Saloma siaran Astro First yang turut memaparkan kisah ayahnya, Allahyarham AR Tompel, kebanyakannya berunsur tohmahan selain banyak kesalahan fakta.

Adlin berkata, telefilem yang diterbitkan oleh syarikat produksi Kus Semangat Aktor milik Melissa Saila itu sekali gus menjejaskan semua nilai dan tanggapan murni masyarakat terhadap AR Tompel, seolah-olah ayahnya itu menjadi punca Saloma menderita.

"Telefilem itu telah memberi impak buruk kepada waris-waris AR Tompel, termasuklah saya sebagai anaknya. Malah saya percaya, peminat-peminat setia ayah juga pasti terkilan selepas menontonnya.

"AR Tompel  telah dieksploitasi oleh pihak penyiar, penulis, penerbit, pengarah dan pelakon dalam pelbagai nada prejudis malah berunsur kecaman yang telah mengaibkan sehingga mampu menjejaskan kredibiliti dan reputasinya," katanya yang menghubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Adlin Aman Ramlie


Telefilem yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh telah disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif bermula 28 Ogos lalu.

Ia menampilkan pelakon Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P. Ramlee), Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak).

Tambah Adlin, pihaknya yang diwakili peguam dari Azam & Co telah pun mengambil tindakan awal menerusi penghantaran notis kepada Astro agar telefilem itu segera dihentikan.

Bagaimanapun tiada respons yang diberikan.

Justeru, satu sidang media akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada petang Khamis (esok) bagi mendapat liputan umum berkenaan isu tersebut.

"Memandangkan notis yang diberikan sebelum ini tiada respons, maka saya bersama waris-waris AR Tompel yang lain akan mengambil tindakan seterusnya.

"Pihak kami akan menjelaskan lebih terperinci berkenaan perkara ini pada sidang media nanti.

"Tambahan pula telefilem itu tidak mendapat kebenaran daripada mana-mana waris untuk memaparkan kisah ayah saya dan perwatakannya telah dipersembahkan tanpa dirujuk daripada sumber yang sah," tegasnya.

Pada sidang media tersebut, waris lain AR Tompel iaitu AR Badul, Amran Tompel serta dua isteri seniman itu, Ruminah Sidek dan Zaiton Ismail akan hadir.


Tags / Kata Kunci: Adlin Aman Ramlie , Saloma , AR Tompel

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan