Farhan Azizan Mula Edar 300 Kad Jemputan kahwin

Diterbitkan: Selasa, 7 Oktober 2014 11:58 AM

Farhan sudah mula edarkan kad jemputan perkahwinannya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Farhan Azizan dan tunangnya, Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, mula mengedarkan sebanyak 300 keping kad undangan majlis persandingan mereka yang akan berlangsung pada Jumaat ini di  Dewan Seri Endon, Putrajaya.

Farhan, 30, berkata, majlis tersebut akan diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan termasuklah pihak media yang dianggarkan kira-kira 700 orang tetamu.

Majlis resepsi itu akan bermula pada pukul 7.45 malam manakala pernikahannya akan berlangsung di sebelah pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada hari sama.

Kata bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-4 itu, persiapan perkahwinannya sudah 90 peratus selesai dan hanya tinggal beberapa perkara seperti menyiapkan hadiah buat tetamu yang hadir masih belum siap.

Farhan dan Ahmad Rashadan mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012.

"Tinggal beberapa hari saja lagi, berdebar juga kami dibuatnya. Alhamdulillah segala persiapan sudah hampir siap. Tinggal sikit-sikit saja lagi.

"Risau juga apa-apa terjadi pada majlis tersebut. Apa-apapun doakan agar majlis kami pada hari tersebut berjalan dengan lancar InsyaAllah," katanya ketika mengedarkan kad jemputan kahwin di pejabat mStar Online di sini pada Selasa.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012.

Ahmad Rashadan, 30, adalah pengarah pengurusan bisnes di sebuah syarikat swasta.

Pada majlis tersebut Farhan dan tunangnya itu bakal menggayakan busana rekaan pereka fesyen Calvin Thoo dan memilih konsep Melayu Klasik bagi pelamin yang ditaja oleh Nas The Great Idea.
Tags / Kata Kunci: Farhan Azizan , Kahwin 2014

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan