Resepsi Anak Sharifah Aini, Aliff Omar Meriah

Diterbitkan: Ahad, 5 Oktober 2014 12:35 AM

Aliff dan Athirah mula menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Resepsi persandingan anak kepada biduanita Allahyarham Datuk Sharifah Aini iaitu Aliff Omar dan isteri, Nur Athirah Syed Azmi, berlangsung dalam suasana cukup meriah di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Sabtu.

Majlis bermula kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu menyaksikan hampir 1,000 tetamu memenuhi ruang dewan tersebut terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai dan rakan artis.

Antara selebriti yang hadir ialah Datuk M.Nasir, Datuk Dahlan Zainuddin, Azmil Mustapha, Joe Flizzow, Herman Tino, Datuk DJ Dave, Salimah Mahmood dan Uji Rashid.

Memilih konsep persandingan sederhana, Aliff, 32, dan isterinya Athirah, 28, tampil anggun dengan busana warna merah jambu.

Kedua-dua pasangan pengantin berarak masuk ke dalam dewan utama diringi ahli keluarga terdekat untuk ke pelamin utama. Bagaimanapun tiada sebarang acara merenjis dilakukan.

Aliff dan isterinya, Athirah. Foto UTUSAN

Sepanjang berlangsungnya majlis, pasangan pengantin dan tetamu dihiburkan oleh sekumpulan adik beradik, The Siblings.

Sementara itu, menurut bapa Aliff iaitu Ali Bakar, dia bersyukur apabila hasrat mahu melihat anaknya beristeri sudah tercapai.

"Alhamdulillah, mereka menjalinkan hubungan selama dua tahun. Selepas 44 hari arwah (Sharifah Aini) meninggal dunia, Aliff terus membuat persiapan perkahwinan.

"Tambah pula Aliff mahu majlis yang sederhana, jadi kami tunaikan permintaannya. Semoga perkahwinan mereka kekal hingga akhir hayat, InsyaAllah," katanya.

Pada Jumaat lalu, Aliff, sah bergelar suami kepada Athirah, yang merupakan seorang doktor gigi dengan sekali lafaz pada pukul 11.20 pagi di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Aliff merupakan anak tunggal Sharifah Aini, hasil perkahwinannya dengan penganjur konsert, Ali Bakar pada tahun 1981.

Tags / Kata Kunci: Aliff Omar , Kahwin 2014

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan