Harap Filem Soekarno Ubah Persepsi Rakyat Malaysia - Hanung

Diterbitkan: Sabtu, 4 Oktober 2014 12:25 AM

Hanung Bramantyo

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem Indonesia, Hanung Bramantyo berharap karyanya, Soerkarno: Indonesia Merdeka dapat mengubah persepsi rakyat Malaysia bahawa presiden pertama negara itu tidak pernah mahu bermusuh dengan negara ini.

Hanung berkata, walaupun Soekarno pernah menubuhkan gerakan 'Ganyang Malaysia' pada sekitar 1960-an, ia kerana sifat nasionalisme beliau yang kuat untuk menyatukan seluruh bangsa Indonesia.

"Saya percaya, selepas rakyat Malaysia menonton Soerkarno: Indonesia Merdeka, ia akan mengubah persepsi masyarakat negara ini terhadap Soekarno.

"Beliau bukan mahu bermusuhan dengan Malaysia, sebaliknya jiwanya terlalu patriotik yang mahu negaranya bersatu," katanya.

Hanung (kanan) bersama barisan pelakon Soekarno:Indonesia Merdeka

Soekarno:Indonesia Merdeka yang dibintangi oleh Ario Bayu dan Maudy Korsnaedy mula ditayangkan 2 Oktober 2014 di pawagam seluruh negara.

Filem itu sudah ditayangkan di Indonesia pada tahun lalu.

Sementara itu, Hanung berkata, filem tersebut antara pembikinan karya yang agak mencabar baginya kerana terpaksa berdepan dengan masyarakat Indonesia yang mempunyai pelbagai persepsi mengenai bekas presiden itu.

"Saya tahu setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza tentang Soekarno kerana beliau hidup dalam lima generasi berbeza.

"Ketika filem ini ditayangkan di Indonesia, ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati kerana membandingkan sejarah Soekarno yang sedia ada dan mereka mengharapkan lebih daripada apa yang dipaparkan.

"Sedangkan ia hanyalah filem Soekarno yang ditafsirkan oleh pendapat saya sendiri," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Hanung Bramantyo

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan