Awal Ashaari Tak Sekat Rezeki Lara Alana

Diterbitkan: Sabtu, 4 Oktober 2014 12:36 AM

Awal dan isterinya Scha Al-Yahya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Awal Ashaari mengakui mendapat tawaran untuk menjadikan anaknya, Lara Alana yang kini berusia dua bulan sebagai model iklan sebuah produk.

Awal, 33, berkata, dia tidak akan menyekat rezeki yang datang kepada bayi sulungnya itu, namun ia bergantung kepada produk yang dirasakan sesuai.

"Saya akui memang sejak isteri saya Scha mengandung lagi sudah dapat tawaran dan ada yang merisik untuk menjadikan bayi kami sebagai model produk mereka.

"Saya tidak ada masalah atau menghalang rezeki yang dia dapat biarpun masih kecil, tapi biarlah ianya bersesuaian dengan usianya seperti barangan bayi. Buat masa ini saya sedang mempertimbangkan tawaran yang datang," katanya kepada mStar Online.

Gambar terbaharu Lara Alana.


Bagaimanapun, Awal berkata, ia bukan bermaksud mereka menjadikan anak sulungnya itu sebagai salah satu sumber pendapatan keluarga.

Katanya, segala pendapatan yang diterima daripada hasil anaknya itu akan dijadikan sebagai simpanan untuk masa depan Lara.

"Saya pandang daripada sudut positif dan itu adalah rezeki dia. Lagi pun hasil yang dia dapat itu kita akan buat simpanan masa depan dia juga nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang perkembangan bayi comel itu, Awal menyifatkan Lara sudah menunjukkan ciri-ciri seorang yang sukakan perhatian.

Katanya, bayi tersebut lebih gemar dikelilingi orang ramai berbanding ditinggalkan bersendirian.

"Dia suka kalau orang datang mengerumuni dia, jika tiada siapa yang datang tengok dia akan menangis," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Awal Ashaari

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan