Pengarah Drama Jelas Sikap Dingin Sara Ali

Diterbitkan: Khamis, 2 Oktober 2014 12:32 AM

Sara dikatakan bermasam muka ketika penggambaran drama 'Maaf Jika Aku Tak Sempurna'.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Sara Ali yang dikatakan bermasam muka ketika menjalani sebuah penggambaran drama bersiri mungkin akibat terlalu terpengaruh dengan watak yang dibawanya dalam drama berkenaan.

Pengarah drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Shuhaimi Lua Abdullah berkata, dia menganggap perkara tersebut adalah perkara biasa kepada artis yang terlalu menjiwai watak yang sedang dilakonkan.

"Sepanjang empat bulan penggambaran itu Sara ada juga buat hal apabila dia tiba-tiba menjadi seperti watak Mel dalam drama tersebut iaitu sombong dan tidak mahu bertegur sapa dengan semua kru termasuk saya.

"Memang perkara itu sedikit menyukarkan penggambaran kerana hubungan kru dan pelakon mula tidak baik dan rasa tidak selesa mula timbul bila dia ada di lokasi dengan perangai sebegitu.

"Tapi bagi saya ia hanyalah pengaruh watak kerana ada pelakon yang mudah terpengaruh dengan sesuatu watak," ujarnya ketika dihubungimStar Online, di sini, Rabu.

Shuhaimi berkata demikian ketika diminta mengulas apa diperkatakan tentang dakwaan kononnya pelakon wanita tersebut telah menimbulkan masalah di lokasi penggambaran drama berkenaan.

mStar Default Image
Lakonan Sara Ali dan Fahrin Ahmad
Sara dikatakan bermasam muka dan enggan memberi kerjasama serta bersikap dingin dengan kru produksi drama itu.

Bagaimanapun, Shuhaimi berkata, kejadian tersebut berlaku tidak lama apabila wanita itu kembali semula bercakap dengan kru produksi.

"Alhamdulillah, sekejap jer dia berperangai begitu, ketika penghujung penggambaran minggu lalu dia sudah berbaik-baik dengan semua kru.

"Penggambaran dapat selesai dengan mudah apabila semua pelakon dan kru beri kerjasama yang baik," ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada dia akan bekerjasama dengan pelakon wanita tersebut untuk drama akan datang, Shuhaimi berkata dia tidak pernah menolak mana-mana artis yang diberi tanggungjawab untuk berlakon bawah arahannya kepadanya.

Katanya, sebagai pengarah dia hanya menjalankan tugas untuk menjadikan sesebuah jalan cerita seperti yang dimahukannya tanpa mengira siapa  artis terlibat.

"Saya tidak ada masalah jika diberika mana-mana artis kerana ia adalah pilihan penerbit dan stesen televisyen," ujarnya.

Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna disiarkan di slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.

Drama tersebut turut dibarisi oleh pelakon Fahrin Ahmad, Tasha Shilla, Amy Mastura, dan Ika Nabila. 
Tags / Kata Kunci: Sara Ali , Shuhaimi Lua

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan