Wartawan Hiburan Pilih Kepimpinan Baharu WHAM

Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2014 12:07 AM

Tengku Khalidah (duduk dua dari kanan) bersama barisan kepimpinan baharu WHAM.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kepimpinan baharu menerajui Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) apabila Pengarang Hiburan Utusan Malaysia, Tengku Khalidah Tengku Bidin dipilih sebagai Presiden dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan di Hotel Seri Pacific di sini malam Selasa.

Tengku Khalidah mendapat undi sebulat suara bagi menggantikan presiden persatuan itu, Fauziah Rauf yang memegang jawatan tersebut sejak ditubuhkan pada tahun 2002.

Sementara itu, Editor Hiburan mStar Online, Niezam Abdullah dipilih bagi menyandang jawatan sebagai Timbalan Presiden.

Editor Majalah URTV, Norashikin Hassan dilantik sebagai Setiausaha dan Penolong Setiausaha disandang oleh wartawan dari portal Malaysian Gazette, Arif Nizam Abdullah.

Niezam Abdullah adalah Editor Hiburan mStar Online.


Dalam pada itu, Editor Hiburan NSTP, Faridul Anwar menyandang jawatan sebagai Ketua Penerangan manakala bagi jawatan Bendahari disandang oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (Bpop).

Editor Hiburan Metro Ahad iaitu Hartati Hassan Basri dan Editor Mangga Online, Rosli Manah dilantik sebagai Juruaudit persatuan berkenaan.

Tujuh Ahli Jawatan Kuasa (AJK) WHAM pula disandang oleh Syazwan Zakariah (hlive-Astro), Azuan Azmi (Melodi), Ridzuan Abdul Rahman (Harian Metro), Abdul Razak Tahrin (Media Hiburan), Joha Ahmad (Utusan Karya), Tengku Suzana Raja Hamat (Kosmo) dan Wahida Othman (URTV).

Dalam sesi pemilihan yang dihadiri kira-kira 100 wartawan hiburan media cetak dan elektronik tempatan itu, kesemua mereka sepakat untuk memperkukuhkan intergriti wartawan hiburan yang sering diperlekehkan ketika ini.

Para ahli juga bersetuju agar satu bentuk tindakan diambil terhadap sesuatu isu yang boleh menjatuhkan dunia kewartawanan hiburan negara.

Selain wartawan, AGM kali ini turut dihadiri editor-editor kanan hiburan media tempatan.

mStar Default Image
Barisan wartawan hiburan Malaysia menunjukkan semangat bersatu hati dalam usaha mendepani dunia hiburan yang semakin mencabar.


Senarai penuh Jawatankuasa, Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM)

Presiden
Tengku Khalidah Tengku Bidin
(Editor Hiburan, Utusan Malaysia)

Timbalan Presiden
Niezam Abdullah
(Editor Hiburan, mStar Online)

Setiausaha
Norashikin Hassan (Penolong Editor, URTV)

Penolong Setiausaha
Arif Nizam Abdullah
(Wartawan Kanan, Malaysia Gazette)

Bendahari
Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
(Wartawan B*Pop, Berita Minggu)

Tujuh Ahli Jawatankuasa

1. Syazwan Zakariah
(Editor Hlive – Astro)

2. Mohamad Azuan Azmi
(Penolong Penerbit Melodi – TV3)

3. Ridzuan Abdul Rahman
(Wartawan, Harian Metro)

4. Abdul Razak Tahrin
(Editor Pengurusan, Media Hiburan)

5. Noor Joha Ahmad
(Editor Kanan Hiburan, Utusan Karya Sdn Bhd)

6. Tengku Suzana Raja Hamat
(Penolong Pengarang Hiburan, Kosmo!)

7. Wahida Othman
(Wartawan Eksekutif, URTV)

Juru Audit

1. Mohd. Rosli Manah
(Editor Mangga, Online)

2. Hartati Hassan Basri
(Editor Hiburan, Metro Ahad)
Tags / Kata Kunci: WHAM , Wartawan Hiburan

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan