A.Aida Saman Bekas Suami, Abai Nafkah Anak

Diterbitkan: Selasa, 30 September 2014 2:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pelakon A.Aida kesal dengan tindakan bekas suaminya, Deputi Superintendan (DSP) Suffian Sulaiman yang gagal menunaikan janji untuk membayar nafkah terhadap anak mereka, Muhammad Rahul yang kini berusia enam tahun.

A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 43, memberitahu Suffian tidak pernah memberikan sebarang nafkah seperti mana yang diperintahkan mahkamah iaitu berjumlah RM300 sebulan sejak disahkan bercerai pada 2 Mei tahun lalu.

Saya sebenarnya tidak kisah pun dia enggan membayar nafkah tersebut tetapi wang berkenaan adalah hak anak saya tambahan pula dia berkemampuan untuk berbuat demikian.

Sejak bercerai dia langsung tidak memberikan walaupun satu sen untuk nafkah anak dan perbuatannya itu tidak patut," katanya kepada mStar Online.

A.Aida diwakili oleh peguam syarie, Zulkifli Che Yong.
A.Aida ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Terdahulu, A.Aida menerusi peguam syarie, Zulkifli Che Yong memfailkan saman Penghutang Penghakiman mengikut Seksyen 176 Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan 1998 terhadap Suffian di kaunter mahkamah syariah di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Kes itu akan disebut pada 16 Oktober depan.

Dalam pada itu, A.Aida menjelaskan selain tuntutan nafkah tertunggak yang mahu dituntutnya, ia termasuk juga yuran persekolahan Muhammad Rahul di sebuah sekolah Islam antarabangsa yang berjumlah RM1,000 sebulan.

Hanya dua perkara sahaja yang saya minta daripada dia dan itu pun semata-mata demi kepentingan anak, itu sahaja," katanya.

Sementara itu, A.Aida berkata, pihak peguamnya pernah memaklumkan perkara tersebut kepada Suffian dan lelaki itu menjelaskan ada membuka akaun di atas namanya dan memasukkan wang berjumlah RM100 setiap bulan untuk anak mereka.

Bagiamanapun A.Aida mempertikaikan tindakan bekas suaminya itu kerana wang berkenaan sepatutnya diserahkan kepadanya untuk digunakan sebagai perbelanjaan anak mereka.

Suffian ketika bertemu media selepas sah bercerai dengan A.Aida pada 2 Mei tahun lalu.

"Peguam saya sudah minta dia membayar nafkah itu secara baik tetapi dia gagal berbuat demikian sebaliknya membuka akaun di atas namanya sendiri dan mendakwa memasukkan wang berjumlah RM100 setiap bulan untuk Rahul.

"Bagaimana saya ingin ambil wang berkenaan jika akaun itu di atas namanya?," soal A. Aida.

Dalam perkembangan sama, A.Aida turut mendedahkan sejak bercerai bekas suaminya itu melepaskan tanggungjawab anak mereka kepadanya dan hanya datang menjenguk kanak-kanak itu apabila dirasakan perlu.

"Sejak bercerai datang jumpa anak pun ikut sedap dia itu pun tiga ke empat bulan sekali," ujarnya.

Pasangan itu sah bercerai talak dua selepas konflik rumah tangga mereka tidak berkesudahan sehingga memaksa A.Aida memohon untuk bercerai secara fasakh sebelum Suffian bersetuju melepaskannya secara baik.

Mereka berkahwin pada 20 April 2007 dan Suffian merupakan seorang duda sebelum ini turut mempunyai beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Sebelum berkahwin dengan Suffian, A. Aida juga pernah bernikah dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada tahun 1994 dan berpisah pada tahun 2003.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Wan Az Aleesa, 17, dan Wan Azevanatassha yang berusia 12 tahun.

A.Aida juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis berpangkat biasa sebelum mengenali Suffian.
Tags / Kata Kunci: A.Aida , Suffian Sulaiman.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan