Liyana Jasmay Ingin Teraju Bisnes Fesyen Muslimah

Diterbitkan: Ahad, 28 September 2014 12:25 AM

Liyana mengakui seronok menceburi bidang rekaan fesyen.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Liyana Jasmay memberitahu kerjasama sulung bersama butik Bella Ammara menerusi rekaan jubah Bella Liyana Collection atau #BellaLiyana01 membuatkan dia ingin cuba menerajui di bidang fesyen pula.

Liyana berkata, sepanjang dua minggu menghasilkan busana tersebut bersama Bella Ammara, dia dapat merasakan keseronokan dalam mereka pakaian.

"Ini merupakan kerjasama pertama saya dengan butik Bella Ammara menghasilkan pakaian Muslimah.

"Sekiranya berjaya, mungkin kami akan menghasilkan rekaan lain pula. Bagi saya ini adalah satu permulaan buat saya menerajui bidang fesyen Muslimah," katanya.

Sementara itu, mengenai jubah Bella Liyana, ia mempunyai 10 warna berbeza seperti kelabu, hijau, merah jambu, jingga dan merah.

"Menariknya pada bahagian atas jubah terdapat jahitan gabungan 'tweed lace' dan 'beadswork Swarovski'.

"Ia agak ringkas tapi mewah," ujarnya.

Koleksi jubah Bella Liyana boleh didapati di butik Bella Ammara yang terletak di No. 17, Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Ia dijual dengan harga hanya RM294.

Dalam perkembangan lain, Liyana turut merancang untuk membuka kedai jualan pelbagai barangan yang dipanggil Mermaid Store. Ia akan dibuka di Desa Melawati pada November depan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan