Dapatkan Segera Tiket Konsert 'Hi-5 House Hits 2014'

Diterbitkan: Sabtu, 27 September 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiket konsert Hi-5 House Hits 2014 yang akan berlangsung pada Disember depan sudah boleh dibeli mulai Sabtu (hari ini) dan Ahad.

Ia dijual di Rock Corner, The Gardens (Aras 3) dari pukul 12 tengah hari hingga pukul 6 petang.

Menurut jurucakap penganjurnya, Hi-5 House of Learning, Yoke Leng, bagi 300 pembeli tiket terawal, mereka berpeluang menerima barangan Hi-5, poster dan pelbagai lagi selain berpeluang memenangi pas untuk bertemu anggota kumpulan Hi-5.

"Bukan itu sahaja, semua pemegang kad kredit UOB Bank boleh menerima potongan sebanyak 15 peratus sekiranya tiket dibeli pada tarikh 29 September 2014 hingga 20 Oktober 2014.

"Bagaimanapun ia terhad kepada 2,000 orang sahaja," katanya.



Tiket yang dijual pada harga RM283, RM203 dan RM 113 juga  boleh dibeli menerusi talian Hotline di 03 - 4047 9000 (klpac) atau 03 - 7880 7999 (Ticketpro) atau layari www.ticketpro.com.my

Hi-5 House Hits 2014 akan berlangsung pada 10 hingga 14 Disember depan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) dengan sembilan buah persembahan keseluruhannya.

Ia merupakan sebuah persembahan berbentuk nyanyian dan tarian khas untuk kanak-kanak dengan rangkaian lagu popular seperti L.O.V.E, Ready or Not dan Give 5 termasuk beberapa lagu baru.

Konsert tersebut akan dipersembahkan oleh kumpulan dari Australia yang dianggotai oleh Stevie, Ainsley, Mary, Dayen dan Tanika.

Hi-5 House Hits 2014 turut mendapat kerjasama daripada syarikat perbankan, UOB Bank.
Tags / Kata Kunci: Hi-5 House Hits

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan