Ozlyn Impikan Kandungannya Bayi Perempuan

Diterbitkan: Sabtu, 27 September 2014 12:32 AM

Ozlyn dan Johan bakal menerima cahaya mata keempat pada awal November depan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Ozlyn yang kini sedang mengandung lapan bulan mengimpikan kandungannya itu adalah seorang anak perempuan.

Ozlyn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 33, berkata, ketika membuat imbasan, doktor masih lagi belum mengenal pasti jantina kandungannya itu dan perkara itu membuatkan dia tidak sabar untuk menanti kelahiran anaknya yang dijangka awal November depan.

"Setiap kali buat imbasan, jantina kandungan saya tidak boleh dikenal pasti. Tetapi kata doktor, ia berkemungkinan besar adalah perempuan.

"Dan bila doktor cakap macam itu, saya pun mengharapkan anak perempuan memandangkan sudah ada tiga anak lelaki.

"Tetapi itulah, doktor dah pesan, jangan terlalu mengharap, nanti kecewa pula. Apa-apapun moga doa saya termakbul, yang penting anak saya sihat dan sempurna," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Ozlyn berkata, sepanjang mengandung anak keempat itu, dia sering berasa malas untuk melakukan sebarang kerja dan ia membuatkan suaminya, pelawak, Johan memaksa dia melakukan pelbagai aktiviti riadah.

Kata Ozlyn, Johan telah membeli beberapa set barangan sukan untuk dia bersenam di rumah.

"Johan memang tidak suka saya malas-malas di rumah dan dia suruh saya bersenam untuk memudahkan saya ketika proses bersalin nanti.

"Apabila saya bagi alasan malu untuk bersenam di pusat kecergasan (Gym), dia kata; 'tidak apa, abang belikan barang-barang sukan, senang untuk you'.

"Jadi tiada alasan untuk saya mengelak untuk bersenam. Kalau nak ikutkan hati, saya malas nak buat semua benda termasuklah memasak. Cuma memikirkan anak-anak dan suami yang penat pulang dari sekolah dan kerja, membuatkan saya masak juga," ujarnyanya.

Tambah Ozlyn, dia turut mengambil beberapa tawaran lakonan untuk sentiasa bergerak aktif.

Tags / Kata Kunci: Ozlyn

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan